Anda di sini

Renang mahu mendominasi pingat KL2017

Advertisement

GURUN: Sukan renang mahu menjadi penyumbang utama pingat dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), sebagai menyahut saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang meletakkan sasaran pungutan 111 pingat emas.

 Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata terdapat 13 acara yang akan disertai termasuklah renang, renang terbuka, renang berirama, terjun dan polo air.

 “Kami meletakkan matlamat rendah iaitu sekurangkurangnya empat pingat emas, namun kami mungkin dapat lebih daripada itu, kita akan bincang dengan persatuan dari semasa ke semasa.

 “Sebagai sokongan kepada sasaran 111 pingat emas yang dinyatakan Khairy Jamaluddin, kami akan berusaha dan berlumba-lumba untuk menjadi penyumbang utama kepada pingat Sukan SEA untuk Malaysia,” katanya.

 Sementara itu, seramai 93 atlet renang dijangka beraksi pada temasya Sukan SEA ke-29 KL2017 yang bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.

 — Bernama

Advertisement