Anda di sini

Fikry Ibrahim gandingan Nadzmi dalam JJMA

__alt__

PROGRAM Jalan-Jalan Makan Angin (JJMA) musim pertama riuh dengan keletah serasi dan gila-gila Anas Ridzuan dan Nadzmi Adhwa.

 Bagi musim terbaharu ini JJMA menggandingkan Nadzmi Adhwa bersamasama bakat baharu yang sedang meningkat naik iaitu Fikry Ibrahim pula.

 Rancangan travelog dengan elemen drama berlainan setiap minggu pastinya wajib untuk ditonton bagi mereka yang sentiasa tercari-cari tempat menarik dan unik untuk dikunjungi.

 Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Nurlisia Mohd Nadzri, “Bagi musim baharu ini, kami memilih Fikry untuk bergadingan dengan Nazmi Adhwa selepas Anas mempunyai komitmen yang tidak dapat dielakkan.

 Kami telah melamar Fikry untuk menyertai Jalan-Jalan Makan Angin terlebih dahulu sejurus sahaja dia tamat menyertai sebuah program realiti.

” Tambah beliau, “Kami merasakan Fikry mempunyai karektor dan aura yang dikehendaki untuk mengendalikan JJMA.

 JJMA mahu lari dari kebiasan program travelog yang pernah anda tonton.

 Uniknya JJMA ini, kami menampilkan elemen drama dan juga muzik video berbeza setiap minggu.

 Oleh itu, Fikry dilihat bersesuaian.

 Selain mempunyai rupa, sisi komedi yang dimiliki Fikry menjadi satu kelebihan dan diharapkan dapat menarik penonton untuk terus mengikuti perjalananan mereka.

” Destinasi pertama Fikry dan Adhwa minggu lalu telah membawa penonton menikmati keindahan alam sekitar di Tanah Aina Farrah Soraya, Raub dan juga The Plantation, Karak di negeri Pahang.

 Jika anda mahu lari dari hiruk pikuk kota metropolitan, suasana mendamaikan di kedua tempat ini pasti menggamit anda untuk berkunjung sambil berehat menenangkan minda dan fi zikal yang kepenatan.

 JJMA juga tidak hanya terhad untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia, Adhwa dan Fikry akan turut mempromosikan kepelbagaian budaya, makanan dan keunikan reka bentuk tersendiri di setiap lokasi yang menjadi persinggahan mereka.

 Antara lokasi-lokasi menarik yang bakal dikunjungi oleh mereka ialah Dashbox Hotel (Cyberjaya), Bamboo Village (Kuala Lumpur), Adeline Villa (Gopeng), The Rucksack Caratel (Melaka), Sabah Tea Resort (Ranau), Mongolian Yurt (Kundasang), The Replacement Lodge & Kitchen (Johor Bahru) dan banyak lagi yang pasti menggamit anda untuk turut berkunjung ke tempat tersebut.

 Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton Jalan-Jalan Makan Angin setiap hari Ahad, jam 11.

30 pagi di TV3! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @ TV3Malaysia.