Anda di sini

Baharu siap, bilik operasi KRT sudah diceroboh

Advertisement
 Kompresor pendingin hawa dilarikan. // (Kanan) DIUSIK: Kesan umpil pada jeriji pondok tersebut.
(Kiri) LESAP: Kompresor pendingin hawa dilarikan. // (Kanan) DIUSIK: Kesan umpil pada jeriji pondok tersebut.

SIBU: Bilik operasi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jeriah di sini dipecah masuk pencuri yang melarikan sebuah pendingin hawa, awal pagi kelmarin.

Dalam insiden dipercayai berlaku sekitar waktu malam hingga awal pagi itu, ahli KRT yang memeriksa pondok yang baharu dibina dua bulan lalu mendapati kompresor pendingin hawa yang baharu dipasang di situ lesap.

Pemeriksaan lanjut, mereka mendapati pintu jeriji pondok tersebut mempunyai kesan umpil dan pendingin hawa yang belum dipasang pendawaian di dalam pondok juga sudah dikebas.

Pihak KRT Kampung Jeriah kemudian membuat laporan polis mengenai kecurian tersebut.

Menurut sumber, pondok tersebut dibina sebagai tempat rehat ahli-ahli KRT, polis dan tentera semasa menjalankan tugas di kawasan tersebut.

Bilik operasi baharu sahaja dibina malah pendawaian elektrik juga belum dipasang, namun individu tidak bertanggungjawab telah memecah masuk dan mencuri pendingin hawa yang telah dipasang terlebih dahulu,” kata sumber itu.

Kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM1,000.

Advertisement