Anda di sini

Tiga minggu penjara akibat curi tiga pasang kasut

Advertisement

MIRI: Gara-gara mencuri tiga pasang kasut, seorang lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara setelah Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara tiga minggu ke atasnya kerana kesalahan tersebut.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 5 Ogos lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilaku serta mengambilkira kepentingan awam.

Mohamad Ali Sedik, 43, dari Lorong 3 Jalan Pujut 9 di sini telah mengaku bersalah atas tuduhan mencuri tiga pasang kasut masing-masing jenama HRO, Puma dan Kickers kepunyaan Devinakumar Ratanam, 25.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.45 pagi, 5 Ogos lalu di sebuah rumah di Jalan Promin Jaya 2 di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement