Anda di sini

Lori bawa sayur dan bawang terbabas

 Keadaan lori yang terbabas di Jalan Limbawang Bypass bersama muatan sayur dan bawang yang bertaburan.
TERBALIK: Keadaan lori yang terbabas di Jalan Limbawang Bypass bersama muatan sayur dan bawang yang bertaburan.

BEAUFORT: Sebuah lori membawa muatan sayur dan bawang terbabas di Jalan Limbawang Bypass pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintenden Azmir Abd Razak berkata kejadian berlaku jam 1.35 petang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Siasatan awal mendapati lori membawa muatan sayur dan bawang dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Labuan.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu gagal mengawal kenderaannya menyebabkan lori berkenaan terbabas sendiri sebelum terbalik di parit sebelah kiri jalan,” katanya, sambil menyatakan pemandu tidak mengalami kecederaan.

Laporan polis dibuat bagi tujuan tuntutan insurans kenderaan. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.