Anda di sini

Anggota bomba Portugal berjaya kawal kebakaran hutan

Advertisement

ABRANTES: Beberapa anggota bomba dibantu oleh keadaan angin yang lebih tenang berjaya mengawal kebakaran hutan yang marak di sekitar Portugal yang dilanda kemarau kelmarin namun memberi amaran bahawa bahaya kebakaran masih lagi tinggi dalam masa beberapa hari akan datang.

Kira-kira 1,600 anggota bomba dibantu oleh 500 kenderaan telah berdepan dengan 11 kebakaran yang berlaku di luar kawalan di bahagian tengah dan utara negara ini, menurut agensi perlindungan awam dalam laman sesawangnya.

Seramai 800 anggota bomba lagi telah berada di tempat kejadian untuk menangani 38 kebakaran lain yang telah mulai berkura-ngan atau dipadamkan, tambahnya.

Kebakaran berlaku selepas lebih 60 orang meninggal dunia pada Jun, dan lebih 200 lagi tercedera, dalam kebakaran besar di Pedrogao Grande di tengah Portugal yang marak selama lima hari.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran terbesar yang berlaku di hutan berhampiran pekan tengah Abrantes, datuk bandar Abrantes Maria do Ceu Albuquerque memberitahu wartawan di tempat kejadian.

“Masih terdapat dua lagi kebakaran yang aktif yang menjadi satu sebab bagi kebimbangan. Namun tiada angin dan keadaan telah disertai dengan malam yang lebih tenang dan esok kami akan memadam kebakaran itu,” kata beliau.

Kira-kira 800 anggota bomba dibantu oleh 250 kende-raan telah berdepan dengan kebakaran itu, yang meletus pada Rabu lepas ketika suhu yang sangat tinggi kembali semula dan menamatkan keadaan reda sekejap dari beberapa kebakaran.

Kebakaran telah sampai ke taman perindustrian di luar bandar Abrantes dan memaksa pemindahan empat kampung berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.

Kira-kira 50 penduduk dari beberapa kampung akan bermalam di bangunan tentera, kata Albuquer-que.

“Ia telah marak sepanjang hari. Ia bermula dengan kuat dan api kemudian mula me-rebak ke sekeliling,” Matilde Simao, seorang penduduk di kampung yang dikosongkan di Pucarica, memberitahu AFP.

Beberapa anggota bomba menyatakan paras kelembapan udara yang rendah dan angin kuat, yang kerap kali bertukar arah, telah menyukarkan usaha awal mereka berdepan dengan kebakaran.

“Terdapat orang yang melakukan kebakaran, orang yang jahat. Ia adalah satu-satunya penjelasan yang saya dapat lihat, tiada lagi yang lain,” kata Maria Conceicao, seorang lagi penduduk dari Pucarica.

Penduduk tempatan telah menggunakan hos paip taman dan baldi berisi air untuk membantu anggota bomba memadam kebakaran.

Keadaan cuaca akan “menjadi pendorong utama kebakaran hutan” sehingga Ahad ini, dengan angin kuat dan suhu sehingga lebih 39 darjah Celsius diramalkan, jurucakap agensi perlindungan awam Patricia Gaspar memberitahu sidang media.

Maghribi menghantar sebuah pesawat membawa air dan negara jiran Sepanyol menghantar dua pesawat untuk membantu anggota bomba menangani kebakaran hutan itu, tambah beliau. — AFP

Advertisement