Anda di sini

China geledah wilayah dilanda gempa bumi

Advertisement

Tingkat respons bantu mangsa selepas bencana di zon pergunungan ragut 19 nyawa

 Anggota penyelamat mengangkat mangsa yang cedera selepas gempa bumi melanda Jiuzhaigou di wilayah Sichuan, China kelmarin. — Gambar Reuters
SELAMAT: Anggota penyelamat mengangkat mangsa yang cedera selepas gempa bumi melanda Jiuzhaigou di wilayah Sichuan, China kelmarin. — Gambar Reuters

JIUZHAIGOU: China semalam meningkatkan res-ponsnya terhadap kejadian gempa bumi yang me-ngorbankan 19 nyawa dan mencederakan beratus-ratus lagi,  menghantar bekalan dan kakitangan ke zon pergunungan ketika anggota penyelamat bergegas untuk mencari lebih banyak mangsa.

Beberapa wartawan AFP di Jiuzhaigou, sebuah destinasi pelancongan terkenal berhampiran dengan pusat gempa bumi sekuat 6.5 pada malam Selasa, telah melihat beberapa trak tentera dan bantuan bergerak melalui bahagian terpencil di wilayah Sichuan.

Penduduk berlindung di dalam khemah bantuan berwarna biru di beberapa kem sementara atau berada di luar di jalan raya ketika gegaran susulan yang mengancam dan tanah runtuh membuatkan penduduk ketakutan.

Pusat gempa bumi adalah berhampiran Jiuzhaigou, sebuah kawasan yang didiami oleh kebanyakan penduduk etnik Tibet dan Qiang.

Keindahan kawasan di Jiuzhaigou adalah terkenal dengan pelancong China yang berkumpul di taman negara, yang merupakan sebuah kawasan Warisan Dunia UNESCO, serta berpuluh ribu pelawat telah dipindahkan kelmarin.

Namun pihak berkuasa sedang mencari lebih ramai lagi, dengan jabatan bomba wilayah Sichuan menyatakan 16 pelancong dipercayai terkandas di sebuah tasik di taman negara.

Yang Yongzhi adalah dari kalangan pasukan pencari yang memakai baju pelindung merah dan topi keselamatan yang terpaksa berpatah balik akibat tanah runtuh pada malam kelmarin selepas cuba untuk pergi ke kawasan lembah yang terputus hubungan.

Pada pagi ini kami merancang untuk mencuba sekali lagi,” menurut Yang.

Kami bertanggungjawab untuk mencari sekiranya masih terdapat orang yang terperangkap di sana. Kami akan memeriksa terlebih dahulu.”

Gegaran itu telah membangkitkan memori gempa bumi teruk sekuat 8.0-magnitud di wilayah itu pada tahun 2008 yang menyebabkan 87,000 terbunuh atau hilang, namun impak bencana pada Selasa lepas adalah agak ringan.

Pihak berkuasa berkata angka kematian tidak berubah semalam pada 19 orang namun jumlah mangsa tercedera telah bertambah, menjadikan jumlah seramai 343,34 daripada mereka mengalami kecederaan serius. Seorang lelaki Perancis dan seorang wanita Kanada adalah di antara yang tercedera.

Gempa bumi telah menyebabkan retakan pada lebuh raya gunung dan beberapa wartawan AFP melihat beberapa kereta yang ditimpa oleh batu gergasi yang jatuh.

Bangunan di beberapa pekan mengalami retakan, namun beberapa bangunan kelihatan telah mengalami kerosakan yang besar.

Bagaimanapun, sebuah hotel di Jiuzhaigou telah separuh runtuh, dan mayat seorang wanita telah dikeluarkan dari bawah runtuhan pada pagi semalam, menurut pihak berkuasa bomba wilayah.

Ia masih belum diketahui sekiranya terdapat orang lain yang masih tertimbus.

Pihak berkuasa menyatakan ribuan kakitangan respons telah dihantar ke kawasan tersebut.

Setakat ini, 200 juta yuan dalam tabung bantuan kerajaan telah diperuntukkan bagi bantuan gempa bumi, menurut pihak berkuasa, dan kerajaan tempatan bagi wilayah Aba di mana terletaknya Jiuzhaigou telah mengemukakan satu rayuan bagi sumbangan.

Kerajaan tempatan menyatakan ia telah membaiki 129 menara telekomunikasi atau kemudahan lain yang rosak akibat gempa bumi, mengembalikan kemudahan komunikasi di beberapa kawasan yang terjejas.

Lebih 30,000 pelancong telah berada di taman Jiuzhaigou ketika gempa bumi berlaku, namun pihak berkuasa menyatakan kebanyakan mereka telah dipindahkan kelmarin.

Semua dimaklumkan, hampir 60,000 telah dipindahkan dari pekan dan kampung yang dilanda gempa bumi ketika lebih 1,000 gegaran susulan melanda wilayah itu. Kerajaan tempatan bagi wilayah Aba, di mana kepusatan terletak, menyatakan 1,680 rumah persendirian di sekitar 17 pekan kecil di Jiuzhaigou telah mengalami pelbagai jenis kerosakan.

Presiden Xi Jinping telah menyeru “usaha yang menyeluruh untuk menganjurkan dengan segera kerja bantuan dan menyelamat mangsa yang tercedera” dalam gempa bumi di Sichuan. — AFP

Advertisement