Anda di sini

Dilanggar dari belakang

Advertisement
 Keadaan lelaki warga Indonesia yang maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda semalam.
MAUT: Keadaan lelaki warga Indonesia yang maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda semalam.

 Warga Indonesia maut, motosikal dilanggar kenderaan pacuan empat roda di Miri. 

MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia maut setelah motosikal ditunggangnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Jalan Merbau-North Yu Seng, di sini, tengah malam kelmarin.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Asmanto, 29, tercampak dari motosikalnya akibat rempuhan tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Marina Parkcity.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan maut tersebut.

Polis mengesyaki motosikal mangsa dilanggar pacuan empat roda tersebut berdasarkan kesan perlanggaran pada motosikal dan kenderaan terbabit.

Suspek melanggar mangsa merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun dari Taman Tunku dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sehubungan itu, kes kini masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement