Anda di sini

Sempat minta tolong

 Anggota penyelamat menutup mayat mangsa sebelum dibawa keluar dari tempat kejadian.
DITEMUI: Anggota penyelamat menutup mayat mangsa sebelum dibawa keluar dari tempat kejadian.
 Mayat mangsa dibawa ke Pos Kawalan Bomba di Kampung Jantan sebelum dihantar ke Hospital Lundu untuk bedah siasat.
LEMAS: Mayat mangsa dibawa ke Pos Kawalan Bomba di Kampung Jantan sebelum dihantar ke Hospital Lundu untuk bedah siasat.

  Mangsa lemas ‘ditarik’ arus pusar sebelum ditemui di celah batu air terjun Jangkar.

LUNDU: Mangsa lemas air terjun Jangkar di sini semalam dikatakan sempat menjerit meminta tolong sebelum ‘ditarik’ arus pusar air terjun sehingga terperangkap di celah batu di dasar sungai tersebut.

Ketua Polis Daerah DSP Wong Chee Keong berkata, mangsa iaitu Alan Abang Udin berusia 21 tahun berasal dari Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa, semasa kejadian sedang mandi bersama beberapa rakannya sekitar jam 12.20 tengah hari.

Bagaimanapun, katanya, sekitar jam 12.30 tengah hari, mangsa dikatakan hanyut dibawa arus deras.

Mangsa sempat menjerit meminta tolong apabila dia berasa dirinya ‘ditarik’ arus pusar air terjun dan ketika itu, dua rakannya cuba menyelamatnya tetapi gagal menyebabkan dia (mangsa) hanyut dibawa arus sehingga ke bawah celah batu.

Sekitar jam 2.30 petang, mangsa ditemui oleh orang kampung di dalam air terjun tersebut dalam keadaan kaku dan dipercayai telah meninggal dunia (lemas),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa keluar dari kawasan air terjun oleh anggota penyelamat dengan bantuan penduduk kampung.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lundu untuk pemeriksaan lanjut,” kata Wong.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Peyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii dalam kenyataannya memberitahu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikerahkan ke tempat kejadian.

Mayat mangsa berjaya dibawa ke Pos Kawalan Bomba pada jam 4.15 petang oleh pasukan bomba terdiri daripada tujuh anggota serta dibantu anggota polis serta penduduk kampung,” katanya.