Anda di sini

Padah pandu melulu

Advertisement
 Keadaan di tempat kejadian selepas kemalangan tersebut kelmarin.
KEMALANGAN: Keadaan di tempat kejadian selepas kemalangan tersebut kelmarin.

KOTA SAMARAHAN: Tindakan seorang lelaki yang dikatakan terburu-buru memintas sebuah kenderaan lain menyebabkan seorang penunggang motosikal terbunuh akibat dirempuh dalam satu kemalangan di Jalan Kota Samarahan-Esenggei kelmarin.

Difahamkan, mangsa Mohammad Bolhassan Ismail berusia 27 tahun dan berasal dari Kampung Lubuk Punggur, Simunjan semasa kejadian dipercayai dari kampungnya menuju ke Kota Samarahan iaitu sekitar jam 10 malam.  

Bagaimanapun, difahamkan setibanya di tempat kejadian, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) tiba-tiba memasuki laluannya lalu merempuh mangsa.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang bergerak lurus dari arah Simunjan tiba-tiba berlanggar dengan sebuah 4WD yang bergerak dari arah Kota Samarahan menuju ke Simunjan.

"Dipercayai, 4WD tersebut semasa kejadian cuba memotong kenderaan lain dan memasuki laluan mangsa lalu melanggar mangsa yang tidak sempat mengelak," kata sumber.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
MAUT:Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang tercampak beberapa meter dari tempat kejadian kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Sarawak DSP Bingkok John.

Menurut Bingkok, pemandu 4WD terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Siasatan di tempat kejadian sudah dijalankan dan difahamkan bedah siasat akan dijalankan pada hari ini(semalam)) jam 10 pagi," katanya.

  • oleh
  • Advertisement