Anda di sini

ZYZ FC, Zaimond FC johan futsal B20 peringkat Bahagian Kuching

Advertisement

KUCHING: Pasukan ZYZ FC dinobatkan johan Kejohanan Futsal Bawah 20 Tahun Peringkat Bahagian Kuching 2017 yang berakhir pada Ahad lepas di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

 Begitupun, ZYZ FC terpaksa mengerah keringkat sebeum menjinakkan Planet Futsal Academy KTT dengan jaringan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

 Tempat ketiga bersama dirangkul Emanuel Utd dan Peru.

 Selaku juara, ZYZ FC membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta pingat manakala naib juara menerima wang tunai RM700 termasuk pingat.

 Tempat ketiga bersama masing-masing menerima wang tunai RM400.

 Dalam kategori wanita, johan dirangkul Zaimond FC untuk meraih RM700 dan pingat.

 Tempat kedua disandang Polytech untuk merangkul RM500 dan pingat.

 Manakala hadiah RM300 diraih KFPJ dan Emmanuel selaku pemenang tempat ketiga bersama.

 Kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (PBBK) bertujuan memilih wakil Kuching pada Kejohanan Futsal (Lelaki dan Wanita) Piala Sarawak 2017 yang akan berlangsung di Betong pada 25 hingga 27 Ogos depan.

 Menurut PBBK, pihaknya akan memilih 12 pemain lelaki dan wanita dari kejohanan tersebut untuk menyertai kejohanan tahunan itu.

Advertisement