Anda di sini

Rabies: Pemvaksinan besar-besaran esok

Advertisement

KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan mengadakan operasi pemvaksinan besar-besaran pada esok, 29 Julai, di Gelanggang Bola Keranjang Jalan Arang di sini. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang memaklumkannya berkata orang ramai yang tinggal dalam lingkungan 10 kilometer radius dari kawasan wabak iaitu Pasar Basah Sungai Maong boleh datang untuk mendapatka vaksin anti rabies pada jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Rabies mengorbankan lima nyawa di negeri ini.

Setakat semalam, bilangan haiwan diberikan vaksin ialah 18,287 ekor yang terdiri daripada 10,647 anjing, 7,595 kucing dan lain-lain haiwan 45 ekor.

Gambar fail menunjukkan program pemvaksinan anti rabies baru-baru ini.