Anda di sini

Profesor Mushtak Al-Atabi dilantik CEO, Provost baharu Universiti Heriot-Watt

Advertisement

KUCHING: Inovator akademik global merangkap jurutera tersohor, Profesor Mushtak Al-Atabi telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif serta Provost baharu untuk Universiti Heriot- Watt di Malaysia.

 Memegang jawatan sebagai Timbalan Kanan Provost Heriot- Watt, Mushtak memulakan karier akademiknya yang cemerlang ketika menuntut dalam jurusam Kejuruteraan Mekanikal sebelum menamatkan pengajiannya di peringkat Ph.D di Universiti Sheffield.

 Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai ketua pendidik selama lebih 18 tahun di negara ini dan tidak mustahil Mushtak sangat dikenali dalam peranannya di Universiti Taylor, di mana beliau menjadi ketua di Fakulti Kejuruteraan serta menjadi Naib Pro Cancelor di universiti sama.

 Mushtak juga mempunyai rekod panjang dalam inovasi pengajaran di peringkat universiti selain membangunkan Kursus Atas Talian Terbuka Besar-Besaran (MOOC) pertama di Malaysia yang membolehkan semua masyarakat dari pelbagai latar belakang menyambung pengajian dalam Keusahawanan Global.

 Sejak mengambil alih peranan sebagai Timbalan Provost pada Oktober 2016, Mushtak telah banyak bekerjasama dengan pakar akademik kanan di kesemua lima kampus global Heriot- Watt dalam usaha untuk membantu mengembangkan dan mengetuai Pengajaran Transnasional Inovatif.

 Beliau kemudiannya berterusan mencipta inovasi, seperti memperkenalkan inisiatif baharu yang dikenali sebagai Program Transformasi Belia yang dicipta khas bagi memberi inspirasi kepada anakanak muda dan membantu mereka mengembangkan kemahiran serta mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

 Menurut Timbalan Canselor merangkap Pengetua Profesor Richard A. William, Mushtak merupakan seorang pemimpin akademik yang mempunyai wawasan tinggi.

 “Beliau mempunyai rekod dan pengalaman luas dalam inovasi pengajaran yang melampaui sempadan.

 Beliau juga merupakan seorang penyokong yang ghairah untuk meningkatkan pengalaman pelajar dan melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi, selain berpengetahuan luas terutama mengenai pendidikan universiti transnasional serta mempunyai semangat keusahawanan yang menjadikannya sebagai calon yang cemerlang untuk Heriot- Watt.

 “Saya yakin dengan adanya beliau meneraju Heriot-Watt di Malaysia, kita akan membina kejayaan yang tidak diragui, selain terus memberi sumbangan penting kepada bidang ekonomi dan masyarakat Malaysia, dan yang lebih penting adalah pembelajaran dan pengajaran yang luar biasa dan inovatif kepada kita dengan pantas mengambil kira komuniti pelajar kita yang semakin meningkat.

 “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Profesor Bob Craik dan mengiktiraf sumbangan besar yang telah disumbangkan olehnya sepanjang memegang jawatan Provost dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Heriot-Watt di Malaysia.

 “Dalam tempoh lima tahun, Bob telah berjaya membangunkan sebuah pasukan yang cemerlang dan secara literalnya telah membina sebuah universiti di Putrajaya yang mana boleh dibanggakan, yang kini juga menjadi sebuah universiti yang menyediakan peluang luar biasa kepada hampir 2,000 pelajar dan perniagaan dari seluruh Malaysia dan dunia yang lebih luas,” katanya.

 Mushtak akan memulakan tugas baharunya berkuat kuasa 1 Ogos ini dan beliau akan berpusat di Heriot- Watt Kampus Lakeside di Putrajaya di mana beliau akan memimpin pertumbuhan serta pembangunan Universiti Heriot-Watt di Malaysia dan seluruh Asia.

 Selain itu, beliau juga akan menyampaikan inisiatif strategik inovatif kepada semua lima kampus universiti itu di seluruh dunia.

 Beliau juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan penyelidikan dan bangunan universiti dengan hubungannya sesama rakan industri dalam usaha memberi manfaat sebenar kepada pelajar dan ekonomi Malaysia.

 Mushtak memberitahu,: “Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk berkhidmat kepada komuniti global di universiti yang luar biasa ini.

 “Dalam masa di mana peranan pendidikan tinggi ditakrifkan semula berdasarkan cabaran dunia, Universiti Heriot-Watt terus memainkan peranannya sebagai innovator utama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan manusia.

 “Ia sangat menarik dan akan menjadi sebahagian daripada perjalanan pelajar kami untuk mencapai potensi mereka sekali gus memberi kesan positif kepada dunia.”

Dalam pada itu, Bob pula akan kembali semula ke Scotland di mana beliau akan terus memberi sumbangan utama kepada Heriot-Watt serta membantu memberi maklumat mengenai strategi dan pembangunan global masa depan universiti.

Advertisement