Anda di sini

Pembunuh paderi gagal semai perpecahan: Macron

Advertisement
 Macron (kanan) bersama saudara perempuan Father Hamel, Roselyne (dua kiri) ketika merasmikan plak untuk memberi penghormatan setahun selepas Father Hamel dibunuh  dua remaja radikal di Saint-Etienne-du-Rouvray, dekat Rouen, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters
PENGHARGAAN: Macron (kanan) bersama saudara perempuan Father Hamel, Roselyne (dua kiri) ketika merasmikan plak untuk memberi penghormatan setahun selepas Father Hamel dibunuh dua remaja radikal di Saint-Etienne-du-Rouvray, dekat Rouen, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters

SAINT-ETIENNE-DU-ROUVRAY: Dua remaja yang membunuh seorang paderi tua di Perancis setahun lalu setelah mereka menjanjikan taat setia kepada kumpulan Negara Islam (IS) gagal untuk menyemai perpecahan agama, kata Presiden Emmanuel Macron pada satu acara peringatan kelmarin.

Father Jacques Hamel, 85, mengendalikan sembahyang Misa di bandar utara Saint-Etienne-du-Rouvray, berhampiran Rouen, apabila penyerang meluru masuk dan mengelar leher beliau di hadapan lima anggota jemaat.

Serangan mengerikan itu menimbulkan kejutan yang meluas, dua minggu selepas seorang pelampau menggunakan sebuah trak untuk merempuh 86 orang sehingga mati di bandar raya selatan Nice.

Dalam satu video, remaja-remaja terbabit telah bersumpah untuk memberikan kesetiaan kepada IS.

Pada acara peringatan kelmarin di gereja abad ke-16 kecil di mana Hamel berkhidmat, Macron memuji solidariti yang ditunjukkan oleh masyarakat Islam di Perancis ekoran serangan itu – dan kegagalan untuk menimbulkan kemarahan orang Katolik.

Dua pengganas itu me-nyangka mereka akan menyemai keinginan di kalangan masyarakat Katolik di Perancis untuk membalas dendam. Mereka gagal,” katanya.

Macron memberi jaminan bahawa kerajaan Perancis “tidak menentang mana-mana agama”, dan menambah setiap agama “mempunyai peranan untuk dimainkan bagi memastikan kebencian tidak akan menang.

Ia adalah satu pertarungan yang lama, dilancarkan setiap hari,” tambah beliau. “Di sini, anda telah memenanginya.”

Tiga rahib dan sepasang suami isteri tua menyaksikan pembunuhan Hamel oleh Adel Kermiche dan Abdel Malik Petitjean pada waktu pertengahan pagi yang sepi pada Julai tahun lepas.

Pembunuh berusia 19 tahun itu, yang berada dalam se-narai pemantauan keganasan, ditembak mati oleh polis di luar gereja.

Ratusan orang, termasuk saudara-mara Hamel, dua menteri kerajaan dan wakil Majlis Agama Islam Perancis memenuhi gereja untuk sembahyang Misa kelmarin.

Di luar, di mana Macron merasmikan sebuah cakera keluli tahan karat yang besar dan diukir dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, orang ramai mengikuti acara di atas sebuah skrin gergasi.

Uskup Agung Dominique Lebrun dari Rouen, yang memimpin acara, meng-ucapkan terima kasih kepada masyarakat Islam kerana meminta untuk mengikuti acara tersebut.

Lewat kelmarin, setelah doa petang, puluhan orang memberi penghormatan kepada paderi berkenaan di kubur beliau di sebuah tanah perkuburan berdekatan, termasuk wakil dari masyarakat Islam tempatan.

Dua orang lain turut didakwa kerana disyaki ada kaitan dengan penyerang terbabit.

Seorang adalah sepupu Petitjean, yang penyiasat syaki tahu tentang komplot untuk membunuh paderi itu.

Sementara itu Hamel ber-ada di landasan untuk diisytiharkan berbahagia atau berkat (blessed) oleh Vatikan sebagai seorang martir (orang yang mati kerana kepercayaan kepada Kristus) – langkah pertama ke arah pengisytiharan kekudusan (sainthood). — AFP

Advertisement