Anda di sini

Pelbagai acara sempena ‘indonesian week & nite 2017’

Advertisement

KOTA KINABALU: Pelbagai acara akan diadakan dalam ‘Indonesian Week & Nite 2017’ yang akan diadakan di halaman parkir KJRI Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Julai ini.

Konsul Ekonomi Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu Hendro Retno Wulan berkata, antara acara menarik termasuk pameran produk Indonesia, persembahan kebudayaan dan kesenian daripada pelbagai komuniti Indonesia yang berada di negeri ini.

Katanya, program itu terbuka kepada orang ramai.

Program itu boleh dianggap unik kerana ia dianjurkan bersama masyarakat keturunan Indonesia yang sudah lama berada di Sabah,” katanya.

Antara acara yang diadakan ialah penayangan filem di Balai Budaya selain persembahan kesenian dan tarian oleh Famili Band (Komuniti Flores NTT), tarian Maung Lugay, tari ondel-ondel, persembahan seni budaya oleh Komuniti Tana Toraja, ‘Ma’gellu’,  tari saman (Aceh), komuniti Batak tari Sinanggar Tulo manakala komuniti Bugis mempersembahkan tarian Paddupppa Bosara.

Persembahan lain dijayakan oleh Komuniti Batak dengan tarian Sihutur Sanggul, Komuniti Flores dengan persembahan Tarian Sason, dan tarian muda mudi atau Jai tarian Lenggok Lenggang daripada komuniti Bugis manakala komuniti Jawa mempersembahkan tarian dan nyanyian KR Kemayoran.

Menurutnya, selain makanan tradisi, pentas budaya dan pelbagai produk keluaran Indonesia juga dipamerkan dalam program yang sangat bersejarah itu.

Program ini sangat bersejarah kerana ia diadakan bersekali dengan pameran, pentas budaya dan sebagainya.

Advertisement