Anda di sini

Helikopter terhempas di utara Mali, dua tentera Jerman maut

Advertisement
 Gambar 25 Julai menunjukkan helikopter membawa tentera Jerman berlepas dari lapangan terbang di Mali. — Gambar AFP
BERLEPAS: Gambar 25 Julai menunjukkan helikopter membawa tentera Jerman berlepas dari lapangan terbang di Mali. — Gambar AFP

BAMAKO: Dua anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Jerman maut kelmarin apabila heli-kopter mereka terhempas ketika mereka memantau pertelingkahan di utara Mali, kata pegawai Jerman dan PBB.

Diplomat PBB mengesah-kan helikopter serangan itu dan kru telah dibekalkan oleh Jerman kepada MINUSMA, misi PBB di Mali.

Dukacitanya kita sekarang tahu dua askar Bundeswehr (tentera Jerman) telah menye-rahkan nyawa mereka demi negara kita,” kata Menteri Pertahanan Jerman Ursula von der Leyen di Berlin lewat kelmarin.

Menurut Naib Laksamana Joachim Georg Ruehle dari tentera Jerman, yang berdiri di sisi von der Leyen, kru helikopter terbabit tidak membuat sebarang panggilan kecemasan dan petanda kukuh tidak ada untuk me-nunjukkan punca nahas itu yang berlaku sekitar jam 1220 GMT, 70 kilometer ke utara bandar Gao.

Pihak tentera percaya heli-kopter itu adalah mangsa “kerosakan teknikal besar-besaran”, majalah Jerman, Der Speigel, melaporkan.

MINUSMA dalam satu kenyataan mengesahkan kedua-dua anggota pasukan pengaman PBB itu telah terbunuh dan nahas itu dipercayai disebabkan oleh kerosakan mekanikal.

Sumber PBB di Gao sebelum itu berkata tiada apa pada peringkat ini yang membayangkan pesawat itu ditembak ketika ia memantau pertempuran di kawasan kejadian.

Operasi PBB itu, yang dilancarkan pada 2013, dianggap sebagai misi pengaman paling bahaya oleh PBB, dengan puluhan kakitangan yang terbunuh sejak empat tahun lalu.

Jerman meningkatkan pembabitannya di Mali pada tahun ini, dengan menge-rahkan beberapa helikopter tempur Tiger dan menambah jumlah anggota Jerman yang berkhidmat dalam MINUSMA kepada 639 setakat Jun, penyertaan terbesar tentera tersebut di seberang laut.

Perancis telah menyuara-kan harapan agar jirannya di Eropah itu akan meningkat-kan lagi usaha di wilayah Sahel yang mundur dan tidak selamat.

Selepas nahas kelmarin, semua operasi helikopter telah digantung, kata von der Leyen.

Nahas itu berlaku dua tahun selepas dua anggota pasukan pengaman PBB dari Belanda maut apabila helikopter serangan Apache mereka terhempas di utara Mali.

Utara Mali merupakan lokasi bagi pertelingkahan yang kerap antara kumpulan-kumpulan bersenjata yang bermusuhan, selain syurga bagi aktiviti pelampau jihad.

Ketua MINUSMA Mahamat Saleh Annadif kelmarin berkata kakitangannya “amat sedih sekali dengan nahas itu”.

Semua kakitangan MINUSMA dan saya sendiri memuji pengorbanan ter-tinggi yang dibuat oleh anggota pasukan pengaman,” katanya. — AFP

Advertisement