Anda di sini

Penyelesaian cara baik

Advertisement
 Tun Taib serta Toh Puan Ragad meneliti pameran tentang sejarah Sarawak yang diadakan sempena Hari Sarawak 2017 sambil diiringi Abang Johari (dua kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kiri) selepas acara perasmian, semalam.
SEJARAH: Tun Taib serta Toh Puan Ragad meneliti pameran tentang sejarah Sarawak yang diadakan sempena Hari Sarawak 2017 sambil diiringi Abang Johari (dua kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kiri) selepas acara perasmian, semalam.
 Tun Taib melakukan simbolik sambutan Hari Sarawak 2017 semalam sambil disaksikan Abang Johari (tiga kiri), Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian (kiri), timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kiri), Tan Sri Datuk Amar James Masing (kanan) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (dua kanan). Turut kelihatan Toh Puan Ragad (empat kanan).
SIMBOLIK: Tun Taib melakukan simbolik sambutan Hari Sarawak 2017 semalam sambil disaksikan Abang Johari (tiga kiri), Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian (kiri), timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kiri), Tan Sri Datuk Amar James Masing (kanan) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (dua kanan). Turut kelihatan Toh Puan Ragad (empat kanan).

  Sarawak tidak perlu keluar Malaysia bukan bermakna tidak boleh berunding dapatkan kembali hak negeri: KM

KUCHING: Sarawak tidak perlu keluar dari Malaysia bukan bermakna ia tidak boleh berunding dengan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan kembali hak serta milik negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, apa yang dimahukan Sarawak mudah sahaja, iaitu mengembalikan hak miliknya yang terhakis sebelum ini.

Saya benar-benar berharap warga Sarawak akan terus memberi sokongan kepada saya untuk berbincang dengan kerajaan persekutuan bagi mencapai penyelesaian secara baik kepada isu pokok iaitu penurunan kuasa semula kepada Sarawak.

Apai Jugah memanggil bapa saya ‘menyadi,’ Ong Kee Hui memanggilnya ‘saudara’ dan dalam semangat perpaduan serta persaudaraan ini, kita harus berusaha untuk mencapai matlamat kita bagi memastikan Sarawak maju ke hadapan seperti yang digambarkan oleh para pemimpin kita terdahulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2017 yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diiringi isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Abang Johari berkata, selepas bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia, pada prinsipnya ia menekankan terma dan syarat tertentu yang memberi autonomi kepada Sarawak ke atas banyak aspek dalam Perlembagaan.

Beliau tidak menafikan kerajaan negeri tidak begitu gembira dengan pemusatan kuasa di Kuala Lumpur, tetapi ia dipercayai dapat diselesaikan menerusi rundingan dan mengguna pakai dasar bertolak ansur.

Kita sudah mengatasi banyak masalah kita. Ia akan terus timbul tetapi tiada perkara yang kita tidak dapat selesaikan sebagai warga senegara.

Sekarang, saya akan meneruskan usaha Allahyarham Datuk Patinggi Adenan Satem dalam membincangkan kebimbangan ini dengan kerajaan persekutuan,” tegasnya.

Namun, kata beliau, dalam rundingan bersama Putrajaya, Sarawak mesti terlebih dahulu membuat ‘kerja rumah’ bagi memastikan ia tidak melepaskan ‘peluru kosong.’

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menghantar pasukan peguam ke London untuk mengkaji banyak dokumen dan arkib Britain serta sumber lain bagi menentukan apa sebenarnya semangat yang mendasari Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ia bercanggah sekali dengan beberapa andaian bahawa kita menjemput campur tangan orang asing, terma rujukan bagi pasukan ke London tidak pernah untuk meminta orang asing campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri kita,” kata Abang Johari.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan penghargaan atas kehadiran Tun Taib yang amat bertepatan dengan majlis sambutan itu.

Ini kerana, kata Abang Johari, 54 tahun lalu Tun Taib hadir pada detik sejarah itu bukan hanya sebagai penonton tetapi sebagai peserta menyaksikan pembentukan Malaysia selain merupakan ahli kabinet pertama yang masih ada.

Majlis turut dihadiri timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap menteri bertanggungjawab penganjuran Datuk Dr Sim Kui Hian serta menteri-menteri kabinet negeri dan persekutuan.

  • oleh
  • Advertisement