Anda di sini

Sabung ayam ‘online’ digempur

Advertisement

10 lelaki ditahan, peralatan judi termasuk mesin ‘wukong’ dirampas

 Mesin wukong yang dirampas dari premis tersebut.
RAMPAS: Mesin wukong yang dirampas dari premis tersebut.

KUCHING: Sebuah premis yang menjalankan aktiviti sabung ayam secara atas talian diserbu dan seramai 10 lelaki ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata premis tersebut yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan kedai di Sungai Maong, Batu 3 di sini diserbu anggotanya yang diketuai ASP Shuib Abdul Samat sekitar jam 4.30 petang kelmarin.

Menurutnya, selain menahan 10 lelaki berusia lingkungan 34 hingga 63 tahun, pihaknya turut merampas beberapa peralatan perjudian termasuk komputer riba dan televisyen serta wang tunai sekitar RM6,500.

Semasa pasukan operasi memasuki premis tersebut mendapati mereka sedang menyaksikan sabung ayam di televisyen dan hasil pemeriksaan mendapati sabung ayam tersebut disiarkan secara langsung dari negara asing.

Siasatan juga mengesyaki terdapat pertaruhan dibuat terhadap keputusan sabung ayam tersebut,” kata Dev dalam kenyataannya di sini semalam.

Selain itu, turut dirampas ialah mesin perjudian ‘wukong.’

Kesemua barang-barang yang dirampas dan individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement