Anda di sini

Pasukan MZJ FT, KSR D’Syco ungguli futsal Piala STNG

Advertisement

MUKAH: Pasukan MZJ FT dari Bintulu merangkul juara Kejohanan Futsal Piala Sarawak The New Generation (STNG) 2017 baru-baru ini.

 Ia merupakan kejohanan anjuran bersama STNG dan Akademi Real Tugau.

 Naib juara pula ialah Home Studio dari Kuching dan Bintulu, manakala pemenang tempat ketiga ialah Jerijeh FT dari Tanjung Manis, Sarikei.

 Juara membawa hadiah wang tunai RM3,000, piala dan medal, tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 berserta piala dan medal.

 Pasukan MZJ FT turut menerima anugerah pemain terbaik melalui Ronald Dennis, penjaga gol terbaik melalui Mohamad Ismail dan pengurus pasukan terbaik iaitu Alistair Edmund.

 Kategori wanita pula, pasukan KSR D’Syco dari Sibu muncul juara diikuti pasukan MIXTURE Gold dari Miri di tempat kedua, manakala F10 dari Bintulu, ketiga.

 Tiga pasukan teratas masing- masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000, RM700, RM500 berserta piala dan medal.

 Pemain terbaik menjadi milik Nor Hanifah Mohiden dari pasukan D’Syco, penjaga gol terbaik milik Faraidah Husni (Mixture Gold) manakala pengurus pasukan wanita terbaik, Paulia Weng yang membimbing pasukan Mixture Gold.

 Pengerusi pengelola yang juga Pengurus STNG, Mathew Darimi memberitahu pihaknya sangat berpuas hati dengan mutu penganjuran kejohanan pada musim 2017 ini.

 Katanya, hampir seluruh bahagian Sarawak menyertai kejohanan kali ini dan semuanya berjalan dengan lancar, malah kebanyakan pasukan dari luar Mukah adalah pasukan berpengalaman luas.

 “Ia memberi impak besar kepada pemain-pemain dari Mukah khasnya sejajar dari segi pengurusan, latihan berkualiti, taktikal dan pemainan individu,” katanya.

Advertisement