Anda di sini

Pasukan dari Sarawak rangkul kejuaraan boling padang Piala Tan Sri P Ramlee 2017

Advertisement

KUCHING: Pasukan DV8 dari Sarawak merangkul kejuaraan Kejohanan Boling Padang Piala Tan Sri P Ramlee 2017 yang diadakan pada 15-18 Julai di Arena Boling Padang, Petra Jaya.

 Pasukan diwakili Saiful Adli Sami dan Dayang Rohayah Abg Abdul Latif berjaya mengetepikan cabaran pasukan Ariana dari Perak yang diwakili Hawari dan Suhana dalam pertembungan final yang sengit.

 Tempat ketiga bersama pula dirangkul pasukan Jenggo dari Kuala Lumpur diwakili Azlan dan Mawar dan sebuah lagi pasukan dari Sarawak (RAFi) yang diwakili Siti Nadia Husna Daimi dan Rosman Majunid.

 Selaku juara, Saiful dan Dayang Rohayah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala pusingan dan piala iringan.

 Hawari dan Suhana tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih RM800 dan piala.

 Sementara pemenang tempat ketiga bersama menerima RM300 setiap pasukan.

 Presiden Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA), Awang Mahyan Awang Mohamad menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Advertisement