Anda di sini

Mogok 24 jam membelenggu Venezuela

Advertisement

Dijangka tingkat tekanan ke atas Maduro susulan satu pertiga pengundi tolak dasarnya

 Aktivis bertopeng duduk di atas jalan raya ketika memprotes terhadap Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar AFP
TERUS LAWAN: Aktivis bertopeng duduk di atas jalan raya ketika memprotes terhadap Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Mogok selama 24 jam di seluruh negara Venezuela semalam dijangka meningkatkan lagi tekanan ke atas Presiden Nicolas Maduro, dengan dasar yang meletakkannya pada laluan perlanggaran dengan Amerika Syarikat (AS).

Pembangkang meng-umumkan mogok itu setelah mengadakan pungutan suara tidak rasmi pada hujung minggu lepas di mana satu pertiga pengundi di Venezuela membuat undian yang menolak Maduro dan dasarnya.

Utama di antaranya adalah rancangan presiden untuk mengadakan pilihan raya pada 30 Julai bagi memilih badan warga yang mempunyai 545 anggota, dan dipanggil Dewan Pengundi, untuk menulis semula perlembagaan.

Presiden AS Donald Trump mengugut untuk mengambil “tindakan ekonomi yang pantas” ke atas Venezuela jika pilihan raya itu berlangsung.

Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara Amerika dan Gereja Katolik semua mengecam rancangan Maduro.

Mereka bimbang langkah itu – dilihat oleh pembangkang dan Trump sebagai usaha untuk membentuk pemerintahan diktator – akan memburukkan lagi krisis politik di Venezuela, dan berisiko menambah bilangan kematian yang kini sebanyak 97 sejak protes jalanan anti-Maduro bertukar ganas pada April lalu.

Namun Maduro berjanji untuk meneruskan usaha “sekarang lebih daripada selama ini” ekoran ugutan Trump, dan menghukum “subahat” yang cuba menghalangnya.

Menteri Buruh Nestor Ovalles memberi amaran syarikat di Venezuela yang menyertai mogok semalam akan “dihukum”.

Angkatan tentera mengesahkan kesetiaannya kepada Maduro dengan menyatakan ia akan melindungi pemilihan berkenaan.

Pembangkang, yang me-nguasai Dewan Negara, meng-anggap mogok itu sebagai pelancaran “serangan ter-akhir” termasuk keingkaran sivil dan protes seterusnya yang bertujuan untuk menggulingkan Maduro dari kuasa menerusi pilihan raya awal.

Usaha sebelum ini untuk mengadakan referendum bagi menurunkan Maduro digagalkan oleh pihak berkuasa pilihan raya dan hakim yang secara sistematik memihak dengan presiden.

Dengan usaha yang semakin habis untuk meng-adakan rundingan di antara kedua-dua pihak, kebuntuan itu berisiko memburukkan lagi situasi yang semakin buruk dihadapi rakyat jelata Venezuela.

Negara yang kaya dengan hasil minyak itu mengalami kekurangan makanan dan ubat-ubatan, inflasi tiga digit, jenayah yang semakin me-ningkat dan kawalan matawang yang serius dan membuat segelintir orang kaya dengan mengorbankan ramai orang.

Maduro mengaitkan krisis itu dengan harga minyak global yang rendah dan “perang” ekonomi yang dilancarkan ke atasnya oleh AS dan pembangkang haluan kanan.

Namun pembangkang berkata krisis itu disebabkan oleh tadbir urus kerajaan yang salah, termasuk pemilik-negaraan dan pengambilan syarikat oleh kerajaan, dan dasar yang pada umumnya tidak cekap oleh Maduro dan pemimpin sebelumnya Hugo Chavez.

Ia tidak jelas “tindakan” yang sedang dipertimbangkan oleh Trump ke atas Venezuela, tetapi minyak mungkin titik tekanan yang penting. Kira-kira satu pertiga daripada pengeluaran minyak mentah Venezuela dieksport ke pasaran AS.

Semua pilihan ada di atas meja,” kata seorang pegawai kanan di Rumah Putih.

Namun Geoff Thale, dari kumpulan pelobi ‘Washington Office on Latin America’ (WOLA), memberitahu AFP beliau “tidak begitu yakin bahawa sekatan sehala oleh AS adalah berkesan”.

Ia lebih kemungkinan akan membuat kerajaan berasakan mereka tiada pilihan kecuali untuk menentang, dan ia memberi seruan nasionalis kepada kerajaan untuk menentang AS,” katanya. — AFP

Advertisement