Anda di sini

Kebakaran hutan berlarutan di Kanada, penduduk terjejas terima bantuan

Advertisement
 Helikopter turut menyertai usaha memadamkan kebakaran hutan di bandar Cache Creek, British Columbia di Kanada pada 18 Julai. — Gambar Reuters
PADAM API: Helikopter turut menyertai usaha memadamkan kebakaran hutan di bandar Cache Creek, British Columbia di Kanada pada 18 Julai. — Gambar Reuters

KAMLOOPS: Manakala kebakaran hutan terus berlaku kelmarin di barat Kanada, kerajaan wilayah melanjut-kan keadaan darurat dan mengumumkan bantuan bagi puluhan ribu orang yang dipindahkan kerana bencana tersebut.

Kira-kira 140 kebakaran membara di British Columbia di pantai Pasifik, dan lebih separuh daripadanya masih belum dapat dikawal, kata pegawai bomba.

Empat daripada 140 kebakaran itu – turun daripada jumlah awal 150 – adalah kebakaran yang baharu di-umumkan. Semua memberitahu kebakaran itu memaksa sekurang-kurangnya 46,000 untuk meninggalkan rumah mereka.

Setiap seisi rumah yang dipindahkan akan menerima bantuan sebanyak CAN$600 (RM2,040), kata Ketua Menteri British Columbia John Horgan.

Jumlah itu akan digandakan bagi keluarga yang tidak dapat pulang ke rumah dalam masa dua minggu akan datang, kata Horgan.

Beliau juga berkata keadaan darurat yang mula-mula diisytiharkan pada 7 Julai lepas dan dijadual luput pada hari ini (Jumaat) akan dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Deklarasi itu memberi kuasa kepada pekerja kecemasan, pegawai perhutanan dan polis “untuk mengambil setiap tindakan yang perlu bagi memadam kebakaran belantara ini dan melindungi penduduk dan masyarakat mereka”, menurut satu ke-nyataan kerajaan yang di-keluarkan pada 7 Julai.

Kita ada banyak cabaran yang berlaku dan kita ada banyak lagi di hadapan,” kata Horgan. “Tindakan yang selaras dan mantap adalah penting.”

Hampir 3,000 anggota bomba yang dibantu oleh pesawat dan helikopter yang menggugurkan air sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran, dan tenaga tambahan sudah dalam perjalanan.

Hujan diramalkan di beberapa kawasan di British Columbia, tetapi kebakaran didorong oleh keadaan yang kering-kontang dan ditiup oleh ribut kencang.

Di lereng timur pergunu-ngan Rocky Mountains, kebakaran memaksa penutupan sebahagian daripada beberapa taman negara yang paling berharga di Kanada, termasuk Banff dalam wilayah Alberta, yang dilawati kira-kira empat juta pelancong setiap tahun.

Sejak April lalu, 674 kebakaran memusnahkan 3,530 kilometer persegi kawasan tanah. Kos untuk anggota bomba dan kru kecemasan lain sahaja sudah mencecah lebih CAN$105 juta (RM357 juta).

Pihak berkuasa belum lagi memberi perangkaan bagi jumlah bangunan yang dimusnahkan oleh kebakaran atau kerugian ekonomi keseluruhan disebabkan oleh bencana itu.

Di Alberta, pihak berkuasa kelmarin melarang orang daripada menyalakan unggun api perkhemahan.

Pada tahun lepas wilayah tersebut teruk dilanda kebakaran hutan yang memaksa pemindahan 100,000 penduduk dari bandar yang menghasilkan minyak, Fort McMurray. — AFP

Advertisement