Anda di sini

Wombat hidung berbulu lahir seekor anak

Advertisement
 Gambar serahan EHP semalam menunjukkan seekor wombat hidung berbulu utara muncul dari semak di Queensland. — Gambar AFP
DIANCAM KEPUPUSAN: Gambar serahan EHP semalam menunjukkan seekor wombat hidung berbulu utara muncul dari semak di Queensland. — Gambar AFP

SYDNEY: Populasi salah satu spesies paling sedikit di dunia telah dirangsang dengan kelahiran seekor anak wombat hidung berbulu utara, kata pegawai hidupan liar Australia semalam.

Marsupial berbulu itu dilahirkan ketika satu program pemuliharaan untuk menyelamatkan haiwan itu – yang berjumlah hanya 250 ekor sahaja di belantara, semakin aktif.

Anak itu muncul dari kantung ibunya di Pusat Perlindungan Alam Semula Jadi Richard Underwood di negeri Queensland, yang ditubuhkan hanya lapan tahun lalu dan merupakan satu daripada hanya dua koloni diketahui masih wujud.

Menteri Alam Sekitar Queensland Steven Miles berkata, pegawai hidupan liar memantau rapi wombat be-tina itu sejak 10 bulan lalu.

Ia adalah penantian yang lama bagi pasukan pakar wombat, tetapi akhirnya ia disahkan anak itu sudah berjaya meninggalkan kantung,” katanya.

Ini adalah tambahan pertama dalam tempoh lima tahun kepada koloni wombat hidung berbulu utara yang diperkenalkan semula, dan ia menunjukkan jantan baharu yang dibawa masuk pada tahun lepas telah menyesuaikan diri dengan baik.”

Kedua-dua koloni haiwan itu yang diketahui adalah di Queensland, di pusat Richard Underwood dan Taman Negara Epping.

Apabila jumlah menurun di Epping pada 2009, kerajaan negeri menubuhkan tempat perlindungan kedua.

Jumlah spesies itu mula meningkat dengan perlahan.

Anak kecil ini ketibaan baharu yang penting bagi koloni ini, sekali gus menunjukkan pusat ini menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan yang berjaya,” kata Miles.

Australia mempunyai tiga spesies wombat — biasa, hidung berbulu utara dan hidung berbulu selatan.

Ancaman utama mereka adalah anjing liar, penyakit dan persaingan makanan dengan kanggaru. — AFP

Advertisement