Anda di sini

Najib ucap tahniah kejayaan Khairul Hafiz pecah rekod kebangsaan

Advertisement
KHAIRUL HAFIZ
KHAIRUL HAFIZ

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-94, semalam.

 “Tahniah Khairul Hafiz berjaya pecah rekod kebangsaan acara 200m di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dipegang Tan Sri Dr M. Jegathesan selama 49 tahun,” ucap Najib menerusi catatan di Twitternya, semalam.

 Pada malam tadi, pelari berusia 18 tahun dari Melaka itu mencatatkan masa 20.90s pada pusingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memecahkan rekod 20.92s milik Jegathesan yang dicatatkan pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik Mexico. — Bernama

Advertisement