Anda di sini

Rockschool tampil dengan single keempat ‘Telai Dalam Atiku’

Advertisement
 Rockschool semasa satu persembahan di pentas Dataran Sibu Fasa Satu dalam baru-baru ini.
BERBAKAT: Rockschool semasa satu persembahan di pentas Dataran Sibu Fasa Satu dalam baru-baru ini.

SIBU: Sejak menge-luarkan single pertama pada Julai 2014 lalu, Kumpulan Rockschool semakin dikenali ramai terutama di kalangan peminat muzik Iban.

Ditubuh pada 2010, kumpulan itu kini semakin gagah dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia seni bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk memartabat industri muzik tempatan (Iban).

Kini, Rockschool tampil dengan single keempat ‘Telai Dalam Atiku’ selepas kejayaan tiga single terdahulu iaitu ‘Ambai Diambil Pulai’, ‘Taja Ukai Aku’ dan ‘Kaban Ati Ari’.

Rockschool yang berasal dari Sibu dianggotai oleh Ronny (drummer), Bai (gitar kedua), Agah (keybordist), Josh (vokalis), Rizal (gitar bass), Jebie (gitar utama) dan Susylla Anthony selaku pengurus kumpulan.

Menurut jurucakap mereka, Rizal, beliau berharap Rockschool akan terus diberi ruang dan peluang untuk mengetengahkan muzik Iban di negeri ini menerusi single keempat mereka itu.

Misi utama kita adalah untuk memartabatkan muzik Iban ke seluruh negeri dan negara, supaya ianya akan terus diterima masyarakat dan setanding dengan genre muzik yang lain,” katanya.

Pada awal perjuangan kumpulan muzik ini, mereka hanya bergerak secara ‘underground’ dengan membuat ‘cover’ lagu dari artis lain serta membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan persembahan di kelab malam sekitar Sibu.

Rizal menambah, kejayaan lagu-lagu terdahulu telah mendorong mereka untuk untuk terus menghasilkan karya, malah meningkatkan kualiti muzik mereka agar terus diterima peminat.

Katanya, single ‘Telai Dalam Atiku’ merupakan hadiah istimewa buat peminat dan pendengar mereka yang dahagakan kelainan daripada Rockschool.

Menyentuh mengenai single keempat itu, Rizal memberitahu, lagu berkenaan mengisahkan seorang lelaki yang telah kehilangan kekasihnya, sehingga pada akhirnya lelaki berkenaan hilang kewarasan dinoda asmara cinta.

Harapan kami pada masa depan, kami dapat bersaing dengan industri muzik tanah air yang lain.

Selain daripada membuat album, kami juga berharap muzik kami akan terus diterima oleh orang ramai tidak kita usia dan latarbelakang masyarakat,” katanya.

Beliau menambah, lagu ‘Telai Dalam Atiku’ telahpun dimuat naik di dalam laman sesawang YouTube dan akan dihantar ke stesen-stesen radio yang berkenaan untuk peminat.

Malah, semua lagu Rockschool akan dicalonkan dalam Anugerah Muzik Sarawak tidak lama lagi,” tambahnya.

Dalam perkembangan terkini kumpulan itu, Rockschool akan mengadakan konsert di Miri bersempena Wave Carnival di Coco Cabana pada 25 Ogos 2017 ini, bermula jam 7.30 malam anjuran JCI Lutong dengan kerjasama SEMS dan Wave Carnival.

Selain Rockschool, sebuah kumpulan yang terkenal Riviera akan turut serta memeriahkan konsert berkenaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai konsert tersebut, orang ramai boleh menghubungi Steven (0198344022), Chong Tang (0107607442) dan Ivy Hii (01125143312).

 (Dari kiri) Susylla, Bai, Ronny, Josh, Agah, Rizal dan Jebie.
SOKONG KAMI: (Dari kiri) Susylla, Bai, Ronny, Josh, Agah, Rizal dan Jebie.
  • oleh
  • Advertisement