Anda di sini

Wanita khayal dadah ganggu anggota polis

Advertisement
 Suspek ketika ditahan di Balai Polis Sibu Jaya, kelmarin.
KHAYAL: Suspek ketika ditahan di Balai Polis Sibu Jaya, kelmarin.

SIBU: Seorang wanita dipercayai dipengaruhi dadah dan mencetuskan kekecohan di Balai Polis Sibu Jaya kelmarin dikenal pasti sebagai penjawat awam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah mengesahkan penahanan itu, sambil berkata wanita berusia 32 tahun itu ditahan reman selama dua hari dan disiasat di bawah Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Seksyen 90 Akta Polis adalah kerana menghalang seorang pegawai polis daripada menjalankan tugasnya dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis.

Dalam insiden berlaku jam 1.49 petang itu, wanita terbabit dilaporkan mengganggu seorang anggota polis di rumah pengawal.

Anggota polis terbabit kemudian meminta bantuan daripada rakan-rakannya dan memberkas wanita berkenaan.

Suspek turut dilaporkan bertindak agresif sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis wanita.

Advertisement