Anda di sini

Tujuh nyaris maut

Advertisement
 Keadaan kedua-dua kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Teku, Sibu malam kelmarin.
REMUK: Keadaan kedua-dua kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Teku, Sibu malam kelmarin.
 Pemandu lelaki mengerang kesakitan sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu.
SAKIT: Pemandu lelaki mengerang kesakitan sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu.

   Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu selepas dua kereta bertembung.

SIBU: Seramai enam ahli keluarga dalam sebuah kereta manakala seorang pemandu lelaki dalam kereta lain dihantar ke Hospital Sibu selepas kedua-dua kereta terbabit bertembung di Jalan Teku, malam kelmarin.

Dalam kemalangan sekitar jam 9 malam itu, kereta dipandu seorang lelaki dan sebuah lagi dinaiki enam ahli keluarga dipandu seorang wanita bertembung apabila pemandu lelaki berkenaan cuba memotong sebuah kereta di hadapannya.

Semua tujuh mangsa terbabit dikejarkan ke hospital oleh anggota bomba dan ahli keluarga mereka.

Dua daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala selebihnya dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Keadaan mereka dilaporkan stabil semasa berita ini ditulis petang semalam.

Kemalangan itu berlaku ketika pemandu wanita berusia 38 tahun itu membawa ahli keluarganya pulang ke rumah.

Kedua-dua kereta terbabit rosak teruk dalam kemalangan itu.

  • oleh
  • Advertisement