Anda di sini

Program 3 Dalam 1 memantapkan keterampilan murid

Advertisement
 Perhimpunan khas sempena Program Hari Pakaian Tradisional di SMK Batu Kawa.
KHAS: Perhimpunan khas sempena Program Hari Pakaian Tradisional di SMK Batu Kawa.

SEPERTI amalan sebelum ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa di Kuching mengadakan lagi Program Hari Pakaian Tradisional, tetapi kali ini sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diketuai oleh Freda Benedict Siggie kali ini lebih bermakna apabila digandingkan dengan Program Watikah Pelantikan Lembaga Pengawas oleh Lembaga Pengawas Sekolah dan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa oleh Bidang Bahasa.

 Perhimpunan khas program 3 dalam 1 ini mempunyai objektif yang sama iaitu ingin melahirkan murid yang berketerampilan dan berdisiplin demi merealisasikan impian negara.

 Antara pengisian perhimpunan khas itu ialah persembahan tarian zapin, deklamasi sajak dalam bahasa Inggeris, slot berbalas pantun, peragaan baju tradisional masyarakat Melayu dan simbolik watikah pelantikan pengawas.

 Simbolik suasana berambeh raya juga ditunjukkan dengan Mini Rumah Terbuka di atas pentas, serta diselitkan dengan slot bermaaf-maafan sebagai tanda kesyukuran dan memaafkan antara satu sama lain serta menerima rakan seadanya.

 Suasana diserikan lagi dengan pemakaian baju tradisional masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu.

 Guru dan murid bukan Melayu seronok menggayakan baju kurung, baju Melayu bersampin dan baju kebaya sekali gus menonjolkan keunikan budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

 Pengetua, Joseph Ng yang hadir turut menggayakan baju Melayu, di mana beliau juga sangat berbangga dengan penglibatan pelajar dalam menjayakan Program Hari Pakaian Tradisional.

 Menurut beliau, semangat perpaduan begitu harus dikekalkan dalam semua aktiviti sekolah untuk kebaikan bersama.

 Beliau berharap pada bulan Oktober nanti, para pelajar turut sama menjayakan Hari Pakaian Tradisional sempena hari Deepavali.

  • oleh
  • Advertisement