Anda di sini

‘Itut’ permainan tradisional kaum Melanau dirosakkan

Advertisement
ANGKARA SIAPA?: Struktur kayu ‘Itut’ rebah dan dirosakkan di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.
ANGKARA SIAPA?: Struktur kayu ‘Itut’ rebah dan dirosakkan di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.

Individu tidak bertanggungjawab rosakkan struktur kayu dibina sempena BCF di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam

SIBU: Individu tidak bertanggungjawab merosakkan struktur kayu digunakan untuk permainan tradisional masyarakat Melanau iaitu ‘Itut’ (Tibaw mini) di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.

Itut’ adalah satu permainan tradisional yang dipertontonkan pada Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) minggu ini.

Seorang sumber yang bertanggungjawab terhadap penganjuran BCF  berkata, kerosakan kayu itu ditemui pagi semalam oleh anggota Persatuan Kebajikan Melanau Kampung Nangka Sibu (PKMKNS) yang bertanggungjawab membina ‘Itut’ itu.

Difahamkan satu laporan polis dibuat oleh PKMKNS,” katanya di sini semalam.

Bagaimanapun jelasnya, tidak dapat dipastikan pada masa ini sama ada ia adalah akibat perbuatan sabotaj atau tidak.

Bagi memastikan tiada insiden sama berulang, MPS telah memperketatkan keselamatan di kawasan Dataran Bandar Sibu.

Beliau turut menyatakan bahawa MPS membantu persatuan itu mendapatkan struktur kayu baharu menggantikan rosak itu.

BCF bermula dari 20 hingga 29 Julai ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka merasmikannya pada 20 Julai ini.

  • oleh
  • Advertisement