Anda di sini

Israel ketat kawalan di Masjidil Aqsa

Advertisement
 Seorang wanita Palestin melintas ketika anggota polis rejim memasang alat pengesan logam di luar Pintu Singa, pintu masuk utama ke kompleks Masjidil Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis, semalam. — Gambar AFP
BERMAHARAJALELA: Seorang wanita Palestin melintas ketika anggota polis rejim memasang alat pengesan logam di luar Pintu Singa, pintu masuk utama ke kompleks Masjidil Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis, semalam. — Gambar AFP

Kompleks dibuka semula dengan pemasangan alat pengesan logam dan kamera

BAITULMAQDIS: Rejim Israel semalam membuka semula kompleks Masjidil Aqsa selepas serangan yang menyebabkan dua anggota polis maut, di mana langkah kawalan baharu diperketat seperti pemasangan alat pengesan logam dan kamera litar tertutup.

 Tiga penyerang Palestin menembak anggota polis rejim pada Jumaat lalu di Kota Lama sebelum melarikan diri ke Haram al-Sharif berhampiran di mana mereka ditembak mati anggota tentera.

 Rejim Israel mendakwa penyerang datang dari tapak suci itu yang meliputi Masjidil Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah untuk melancarkan serangan tersebut.

 Sehubungan itu rejim bertindak menutup kompleks Masjidil Aqsa sebelum solat Jumaat sekali gus mencetuskan kemarahan umat Islam dan Jordan, penjaga tapak suci itu.

 Ia masih ditutup kelmarin, manakala beberapa bahagian Kota Lama masih dalam perintah berkurung.

 Rejim memberi alasan penutupan tersebut perlu untuk membolehkan mereka menjalankan ‘pemeriksaan keselamatan’.

 Komp l e k s t e r s e b u t bagaimanapun dibuka semula sekitar tengah hari semalam dan jurucakap polis Luba Samri mengesahkan pemasangan alat pengesan logam di pintu masuk ke kompleks tersebut dan kamera turut dipasang di sekitar kawasan tersebut.

 Pembukaannya bagaimana pun secara beransur-ansur, tambah polis.

 Perdana Menteri rejim Benjamin Netanyahu  bercakap di telefon dengan Raja Abdullah II malam kelmarin, menurut kenyataan dari Amman.

 Abdul l ah menge c am  serangan tersebut tetapi turut menyeru Netanyahu agar membuka semula kompleks Masjidil Aqsa dan menekankan keperluan untuk mengelak s eba r ang peningka t a n keganasan di sekitar kompleks berkenaan.

 Langkah kawalan baharu itu pastinya kontroversi kerana satu pelan yang dibangunkan pada 2015 di antara Israel dan Jordan untuk memasang kamera di kompleks itu sendiri gagal ekoran pertikaian mengenai cara operasinya.

 Haram al-Sharif atau Temple Mount bagi penganut Yahudi, menjadi sorotan konfl ik ekoran tuntutan rejim ke atasnya sebagai ibu negara Israel suatu hari nanti.

 Ia ter letak di t imur Baitulmaqdis dan diduduki rejim sejak 1967.

 Ia tapak ketiga paling suci dalam Islam dan paling suci bagi Yahudi.

 P e n g a n u t Y a h u d i dibenarkan melawat tetapi tidak boleh berdoa di sana bagi mengelak ketegangan.

 Sementara itu, seorang pemuda Palestin ditembak mati di bandar Nabi Salah di wilayah terjajah Tebing Barat setelah didakwa cuba menembak ke arah anggota tentera dan polis rejim awal semalam, menurut tentera.

 “Pasukan bertembung dengan suspek yang cuba melepaskan tembakan ke arah mereka.

 “Sebagai respons kepada ancaman segera itu, pasukan melepaskan tembakan ke arah penyerang dan mengakibatkan kematiannya,” menurut kenyataan tentera rejim.

 Pasukan keselamatan Palestin mengenal pasti mangs a s ebaga i Ama r Dagharah, 34, dari Kafr Ein, sebuah bandar dekat Nabi Salah di tengah Tebing Barat.

 Seorang lagi pemuda Palestin cedera ringan dan ditahan, menurut kenytaan tersebut.

 Sehari sebelumnya, seorang lelaki bersenjata menyasari sebuah kenderaan dekat penempatan haram Yahudi di utara Ramallah dan mencederakan warga asing keturunan Palestin yang menghuni sebuah kampung Palestin.

 Dalam insiden berasingan, tembakan mengenai satu pos pemeriksaan tentera dekat Nabi Salah.

 Tentera rejim mendakwa Dagharah bertanggungjawab dalam kedua-dua insiden tersebut.

 — AFP

Advertisement