Anda di sini

12 pasukan sahkan penyertaan Kejohanan Pingpong Berpasukan

Advertisement

KUCHING: Sebanyak 12 pasukan mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Pingpong Berpasukan Terbuka PERPIB 2017 berlangsung 22 dan 23 Julai ini.

Pengerusi Persatuan Pingpong Bumiputera Bahagian Kuching (PERPIB), Mohamed Alli Zainuddin berkata kejohanan itu akan berlangsung di CityONE Megamall Exhibition Centre (CEC) di Jalan Song di sini.

Menurutnya, ia diadakan venue berbeza sempena CityONE Fitness Frenzy Weekeng 2017.

Sebanyak 12 pasukan akan bertanding pada kejohanan bagi merebut gelaran juara.

Antaranya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Perikanan Laut, Kelab Pingpong Benak Sri Aman, Peam KPPSU, Serian A, PERPIB A, Dragon Ball, Serian B, ACE UNIMAS, PERPIB B, SABERKAS Tebakang dan PERPIB B,” katanya selepas menghadiri sesi cabutan undi di Pusat Latihan PERPIB, Dewan Darul Huda, Kampung Siol Kandis di sini.

Katanya, penganjuran edisi kali ini mempunyai kelainan kerana dilangsungkan di pusat membeli-belah.

Menurut Mohamed Alli, sambutan terhadap kejohanan tersebut amat menggalakkan.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai RM1,200, RM1,000, RM800 dan RM500 untuk gelaran juara sehingga tempat keempat serta piala, medal dan sijil,” ujarnya.

Advertisement