Anda di sini

Mati selepas selamat tuan

Advertisement
 Presca menangis lalu memeluk suaminya mengenang nasib rumah mereka yang terbakar.
SEDIH: Presca menangis lalu memeluk suaminya mengenang nasib rumah mereka yang terbakar.
 Keadaan rumah yang hangus dijilat api.
MUSNAH: Keadaan rumah yang hangus dijilat api.

  Salakan enam anjing selamatkan remaja perempuan daripada terperangkap dalam kebakaran.

MIRI: Bunyi salakan anjing yang gamat seakan memberi amaran kepada tuannya telah menyelamatkan seorang remaja perempuan daripada terperangkap dalam kebakaran rumahnya di Lorong Mulia 3A, Kampung Tudan Fasa 2 di sini, petang semalam.

Mangsa Alicesia Ajan, 23, berkata, semasa kejadian beliau baharu sahaja masuk ke bilik tidur untuk berehat sebelum terdengar enam anjing dalam kandang di belakang rumah membuat bunyi bising.

Sejurus mendengar salakan anjing itu, saya terus keluar dari bilik dan pergi ke arah belakang untuk melihat keadaan dan mendapati kepulan asap telah memenuhi ruangan di belakang rumah.

Sebelum keluar, saya sempat memadamkan suis elektrik dalam rumah dan ketika itu, jiran mula datang untuk membawa saya keluar dari kawasan rumah,” katanya sambil menangis menceritakan detik-detik cemas yang dihadapi ketika kebakaran tersebut.

Alicesia berkata, sebelum kejadian berlaku, abang iparnya sempat mengajak untuk bersama-sama menghadiri majlis makan tujuh jiran berdekatan yang meninggal dunia.

Saya beritahu abang ipar mahu berehat dahulu sebab sudah ke rumah jiran tersebut pada sebelah paginya.

Kejadian berlaku sangat pantas sehinggakan saya tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda,” katanya.

Malangnya, enam anjing yang menjadi penyelamat tuannya mati dalam kebakaran tersebut kerana terperangkap dalam kandang.

Menurut kakak Alicesia, Presca Ajan, 34, mereka sekeluarga kecuali adiknya tidak berada di rumah pada waktu kejadian kerana berada di rumah jiran berdekatan yang ahli keluarganya baharu meninggal dunia.

Apabila kami lihat asap mula tebal datang dari rumah saya, kami sekeluarga bergegas ke rumah untuk menyelamatkan adik dan melihat keadaan rumah tersebut,” katanya.

Menurut Presca, rumah tersebut didiami enam orang iaitu dirinya sendiri, suami, emaknya, dua anaknya berusia enam dan lapan tahun dan adiknya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong dalam kenyataan medianya berkata bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kes itu pada jam 3.16 petang.

Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nasir Razali berserta sebuah jentera FRT Scania dan ‘water tanker’ bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya 10 kilometer dari balai.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri diketuai PBK II Narain Singh berserta sebuah FRT Scania dan EMRS turut hadir memberikan bantuan,” katanya.

Law berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis separuh kekal terbakar kira-kira 90 peratus.

Bomba terus menjalankan pemadaman menggunakan tiga pancutan, dua hos hantaran 100 kaki dari jentera dan dua saluran bantu mula.

Tiada individu mengalami kecederaan serta punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.  

  • oleh
  • Advertisement