Anda di sini

Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 anjuran MUC disambut meriah

Advertisement
 Perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidil tri 2017 MUC oleh Dr Annuar (tengah).
SELAMAT HARI RAYA: Perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 MUC oleh Dr Annuar (tengah).

MAJLIS Ramah-Tamah Aidilfi tri 2017 yang dianjurkan oleh Kelab Melayu Kampung Nyabur (MUC) di Sibu baru-baru ini disambut dengan meriah.

 Majlis yang diadakan di Dewan MUC itu dihadiri ratusan ahlinya termasuk masyarakat setempat.

 Hadir menyempurnakan majlis perasmian Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

 Turut hadir Pengerusi MUC Anuar Taha, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce serta isteri, Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz dan Timbalan Pengerusi MUC Mohd Sirat Sulhi.

 Di samping itu, majlis turut diserikan dengan pelbagai acara seperti nyanyian, cabutan bertuah, pemberian insentif kepada pelajar cemerlang dan lain-lain.

 Turut berlangsung ialah penyampaian sumbangan kepada ahli-ahli MUC yang telah berumur 70 tahun ke atas.

 Sebagai pelengkap majlis, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah makan malam.

  • oleh
  • Advertisement