Anda di sini

Gereja Methodist Iban Pasar Sibu anjur majlis ‘ngiling bidai’

Advertisement
 Wong memukul gong sebagai tanda perasmian majlis sambil diperhatikan tetamu lain.
PENUTUP GAWAI: Wong memukul gong sebagai tanda perasmian majlis sambil diperhatikan tetamu lain.

GEREJA Methodist Iban Pasar Sibu di Jalan Fong Ming di Sibu telah menganjurkan majlis ‘ngiling bidai’ dan pembukaan pejabat serta kediaman paderi, barubaru ini.

 Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Edagang merangkap Menteri Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh.

 Hadir sama ialah Presiden Sarawak Iban Annual Conference (SIAC) Rev.

 Steward Damat, Pengerusi Gereja Methodist Iban Pasar Sibu Jacob Jampong, Temenggung Wilfred Billy Panyau, Pemanca James Semilan, Setiausaha Politik kepada Wong, Andrew Shilling, pengerusi pengelola majlis Nicholas Braoh serta tetamu lain.

 Majlis yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antara lain bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli-ahli gereja, selain meraikan penutup Gawai Dayak pada tahun ini bersama-sama.

 Majlis juga diadakan sempena perasmian bangunan baharu di gereja terbabit yang menempatkan pejabat am serta kediaman paderi dan yang dibina dengan kos lebih RM400,000.

  • oleh
  • Advertisement