Anda di sini

Mesin taip WWII bernilai 45,000 euro

Advertisement
 Mesin Enigma dipaparkan menjelang lelongannya di Bucharest, kelmarin. — Gambar Reuters
UNIK: Mesin Enigma dipaparkan menjelang lelongannya di Bucharest, kelmarin. — Gambar Reuters

BUCHAREST: Seseorang di Romania menyangka dia telah mendapat keuntungan yang agak banyak ketika dia menjual sebuah mesin taip lama dengan harga 100 euro (RM480) di sebuah pasar lambak. Dia silap.

Mesin taip’ itu sebenarnya Wehrmacht Enigma I buatan Jerman, sebuah mesin tulisan kod, dan pengumpul yang membelinya menjualnya di gedung lelongan Bucharest, Artmark, dengan harga permulaan 9,000 euro (RM43,200). Kelmarin Artmark menjualnya kepada seorang pembida dalam talian dengan harga 45,000 euro (RM216,000).

Pengumpul berkenaan membelinya dari pasar lambak. Dia seorang profesor kriptografi dan dia tahu sangat apa yang dia beli,” kata Cristian Gavrila, pengurus barang hantaran yang boleh dikumpul di Artmark, kepada Reuters.

Romania merupakan sekutu Nazi Jerman sehingga 1944, apabila ia berpaling tadah dan memihak kepada tentera bersekutu. Pakar sejarah berkata ia mungkin mempunyai banyak mesin kriptografi lain yang belum lagi dijumpai.

Pada bulan lepas, Christie’s New York Books mencipta rekod lelongan dunia sebanyak AS$547,500 (RM2.46 juta) apabila ia menjual sebuah “mesin tulisan kod Enigma empat rotor, 1944” kepada seorang pembida dalam talian.

Mesin Enigma digunakan untuk menulis dan memahami kod mesej yang dihantar oleh pelbagai cawangan tentera Nazi, tetapi pakar matematik British, Alan Turing, dan pasukannya di pusat memecah kod Britain pada zaman perang, Bletchley Park, berjaya memecah kod tersebut.

Menurut beberapa anggaran, kerja mereka me-mendekkan perang sebanyak dua tahun. — Reuters

Advertisement