Anda di sini

Mahkamah tetap 21 Julai sebutan semula kes lelaki dituduh guna dadah

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan kes seorang lelaki yang dituduh menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Majistret Zuraini Ali Musa turut mengeluarkan arahan untuk mengemukakan tertuduh yang kini berada di penjara ke mahkamah pada hari tersebut nanti.

Yap Chien Peng, 36, dari Quadruplex Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a)  Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendaki serta- merta menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.20 pagi, 19 Oktober 2014 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement