Anda di sini

Keuntungan sebelum cukai Digi pada suku kedua susut kepada RM483.21 juta

Advertisement

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Digi.Com Bhd pada suku kedua berakhir 30 Jun 2017 susut kepada RM483.21 juta daripada RM575.63 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan susut kepada RM1.55 bilion daripada RM1.66 bilion.

Syarikat telekomunikasi itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, berkata ia telah merekodkan prestasi pascabayar yang positif dalam suku kedua dengan pertumbuhan pelanggan yang kukuh pada separuh pertama 2017, sekali gus mencatatkan pertumbuhan hasil pascabayar sebanyak 10.5 peratus.

Fokus syarikat itu bagi tempoh enam bulan akan datang adalah untuk mengukuhkan prestasi operasi dan kewangan bagi membolehkan operasi yang cemerlang serta menyampaikan nilai untuk pelanggan dan para pemegang saham.

Kami akan mengambil peluang daripada rangkaian 4G kami yang mantap, yang kini telah dipertingkatkan dengan LTE 900Mhz, VoLTE serta keupayaan VoWiFi untuk mengukuhkan produk dan tawaran perkhidmatan termasuk memacu peluang-peluang baharu merangkumi penyelesaian dan perusahaan,” katanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Albern Murty, walaupun suku kedua terus memberikan cabaran kepada industri, syarikat mampu menyampaikan prestasi terbaik untuk mengekalkan margin dan pulangan.

Pendapatan kami telah disokong oleh langganan tawaran perkhidmatan digital dan internet dalam sektor perusahaan, pascabayar, prabayar, dan baru-baru ini, perniagaan Internet Pelbagai Perkara kami,” katanya.

Murty berkata kecemerlangan operasi kekal menjadi keutamaan bagi suku tahun untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang serta memacu ketahanan pasaran ketahanan dan pada masa yang sama, memberikan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Perkara yang paling penting adalah supaya perniagaan mampu memberikan pendapatan yang berdaya tahan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan, dengan 46 peratus margin serta peningkatan dalam kecekapan kos serta penambahan pada asas pelanggan termasuk purata hasil yang stabil daripada setiap pengguna,” katanya. — Bernama

Advertisement