Anda di sini

Masalah sekolah kurang murid bakal diatasi

Advertisement

Kebanyakan sekolah SKM tidak mendapat kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah lain: Manyin

 Abang Johari (tiga kanan) bersama Serina (empat kanan), Ng (dua kiri), Manyin (tiga, kiri) dan yang lain.
HARI GURU: Abang Johari (tiga kanan) bersama Serina (empat kanan), Ng (dua kiri), Manyin (tiga, kiri) dan yang lain.

MUKAH: Masalah dihadapi Sekolah Kurang Murid (SKM) bakal diatasi dengan beberapa penambahbaikan dalam aspek pendidikan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata kebanyakan sekolah SKM tidak mendapat kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah lain.

Tiada tenaga pengajar yang pakar, tiada peruntukan dan semuanya kekurangan untuk SKM,” katanya pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di sini petang semalam.

Ini kerana ada SKM hanya mempunyai bilangan pelajar atau murid sangat sedikit iaitu 10 orang atau kurang.

Keadaan ini memaksa mereka menjadi mangsa keadaan dengan banyak kekurangan,” jelasnya sambil menambah ini belum lagi menyentuh bilangan sekolah berkeadaan kronik dan daif yang menunjukkan bilangan bukan sedikit.

Bagaimanapun, dengan penubuhan kementerian pendidikan di peringkat negeri ia bakal merubah segalanya.

Saya berjanji segalanya akan berubah setelah semuanya dirangka dan akan kita laksanakan segera,” tambahnya.

Majlis sama turut menyaksikan Penganugerahan Tokoh Guru Negeri Sarawak 2017 kepada Ng Jueh Hiang serta Penganugerahan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sarawak 2017 kepada Serina Sauni.

Turut berucap Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

  • oleh
  • Advertisement