Anda di sini

Lebih 1,000 sekolah luar bandar usang dinaik taraf

Advertisement

SIBU: Kerajaan negeri kini sedang berusaha menaik taraf lebih 1,000 sekolah di luar bandar yang usang.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Abang Openg berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 415 dikategorikan uzur.

Kerajaan negeri menubuhkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan kerja-kerja membaiki sekolah uzur menggunakan khidmat kewangan DBOS.

Ini kerana kita tidak dapat terlalu bergantung kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan pusat,” katanya menerusi teks ucapan yang dibaca Menteri Pendidikan Sains dan Teknologi Penyelidikan Dato Sri Michael Manyin Jawong semasa merasmikan Blok Bangunan Baharu SM Tinggi Katolik di sini semalam.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bersetuju bahawa peruntukan tersebut dibayar kerajaan pusat kemudiannya.

Sementara itu, Abang Johari juga memberitahu bahaw kerajaan negeri membenarkan orang ramai menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan surat-menyurat.

Katanya, ia sebahagian daripada usaha kerajaan negeri memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat negeri ini.

Begitupun bukan bermakna kita merendahkan bahasa Malaysia sebaliknya untuk menjadikan rakyat negeri ini mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Pendidikan Sains dan Teknologi Penyelidikan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee, wakil Lembaga Pengurusan Sekolah Tan Sri Tiong Hiew King, ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee dan Pengetua Anthony Tay.

Advertisement