Anda di sini

Tragedi awal pagi

__alt__
 Mangsa maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kuching-Serian.
MENYEDIHKAN: Mangsa maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kuching-Serian.

Lelaki maut, rakan cedera selepas terlibat kemalangan di Jalan Kuching-Serian semalam.

KUCHING: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kuching-Serian, awal pagi semalam.

 Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Vivien Clif Johnson, 20, dikatakan menunggang bersama Nilie Bujang, 19 menuju ke Kuching.

 Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 Sementara rakannya yang mengalami cedera ringan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 Menurut Bingkok, ketika melalui lokasi kejadian, motosikal Modenas yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

 Ekoran perlanggaran itu, Nilie tercampak di jalan manakala Vivien terseret beberapa meter bersama motosikal tersebut.

 Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

 Setakat ini katanya, keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung insiden malang yang meragut nyawa mangsa.

 Menurutnya kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.