Anda di sini

Suspek rosak kereta pemandu GrabCar ditangkap

Advertisement
 Kesemua suspek yang terbabit dalam kes khianat pecah kereta GrabCar ditahan reman untuk siasatan.
DITAHAN REMAN: Kesemua suspek yang terbabit dalam kes khianat pecah kereta GrabCar ditahan reman untuk siasatan.

Enam suspek ditahan reman selama empat hari bagi bantu siasatan berhubung kes ini: Dev

MIRI: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya menyelesaikan kes khianat pecah kereta pemandu GrabCar dalam tempoh seminggu susulan tangkapan enam suspek berhubung kes tersebut.

Ketua JSJ Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, semua suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Bertindak berdasarkan maklumat pasukan teknikal ibu pejabat JSJ, sepasukan anggota JSJ Miri telah memberkas remaja lelaki berusia 19 tahun kira-kira jam 8.20 malam, Jumaat (7 Julai) lepas di Lutong.

Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun ditangkap di Jalan Chia Tze,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Dev berkata empat lagi suspek lelaki berusia dalam lingkungan 21 hingga 32 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Seri, Miri kira-kira jam 3 petang, Sabtu (8 Julai) lepas.

Melalui pemeriksaan di rumah tersebut, polis menjumpai sebuah kereta jenis Honda Odyssey, kayu pemukul bola lisut, dua batang besi dan rotan.

Kesemua barang dijumpai tersebut dirampas untuk dijadikan bahan siasatan kes,” katanya.

Jelas Dev lagi, polis menolak kemungkinan awal motif serangan tersebut adalah akibat ketidakpuasan dalam kalangan pemandu teksi terhadap perkhidmatan GrabCar seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Polis kini giat menjalankan siasatan lanjut mengenai motif lain membabitkan kumpulan suspek ditangkap terbabit,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian 1 Julai lepas kira-kira jam 10.30 malam, sebuah kereta pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang empat suspek tidak dikenali ketika mengambil penumpang di Emart Tudan.

Kesemua suspek telah memecahkan cermin belakang dan hadapan serta keempat-empat pintu kereta Proton Saga tersebut.

Nombor telefon yang digunakan salah seorang suspek untuk menempah GrabCar itu didapati tiada dalam perkhidmatan sejurus insiden dan didaftarkan di bawah nama pemilik yang salah.

  • oleh
  • Advertisement