Anda di sini

Rabies: Keluarga buat persiapan awal kemungkinan kehilangan dua adik beradik

Advertisement
Gambar Monica dan Jackson diletakkan untuk penghormatan terakhir.
Gambar Monica dan Jackson diletakkan untuk penghormatan terakhir.
Monica Mazlan
Monica Mazlan
Jackson Mazlan
Jackson Mazlan

SERIAN: Walaupun sekarang masih bergantung dengan bantuan pernafasan, namun keluarga dua beradik yang menjadi mangsa serangan anjing gila di Kampung Paon Sungai Rimu Bakong di sini kini sudah membuat persiapan menerima takdir kehilangan mereka.

Menurut ibu saudara mereka, Doria Agang, 50, mereka menerima berita sedih bahawa Monica Mazlan, 6, dan adiknya, Jackson Mazlan, 4, hanya menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhir akibat virus rabies semalam selepas diberitahu oleh ibu mereka sendiri.

Monica dan Jackson yang dalam keadaan kritikal kini masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada beberapa hari lalu.

"Ibu mereka menghubungi semalam memberitahu anaknya sudah tidak dapat diselamatkan dan selepas menerima berita itu, kami bersama penduduk kampung segera bergotong-royong mendirikan khemah pada kira-kira jam 7 malam sebagai persiapan untuk pemergian mereka," katanya ketika ditemu-bual di rumah keluarga dua beradik berkenaan, sebentar tadi.

Doria memberitahu Jackson terlebih dahulu digigit oleh seekor anak anjing yang dijangkiti rabies di muka dan kakinya pada April lalu, dan selang sehari kemudian kakaknya, Monica pula diserang anjing sama dengan menggigitnya di kaki.

Difahamkan, anak anjing berkenaan dijangkiti rabies daripada ibunya yang telah menggigitnya, sebelum kedua-duanya mati sendiri akibat virus berkenaan.

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan.)

  • oleh
  • Advertisement