Anda di sini

Program Podium: MHC harap pertimbangan kedua berhasil

Advertisement

SEPANG: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berharap pertimbangan kali kedua untuk skuad lelaki negara disenaraikan dalam Program Podium akan berjaya susulan kejayaan pasukan itu menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di India.

 Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata pertimbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)untuk cadangan skuad itu diserapkan ke dalam Program Podium akan berhasil selepas gagal melepasi proses penilaian ketika program itu dilancarkan awal tahun lepas.

 “Sekiranya pemain skuad kebangsaan diserap ke dalam Program Podium... saya berjanji mereka ini tidak akan menghampakan Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin),katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan skuad itu dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

 Malaysia menempah tiket ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India selepas mengalahkan India 3-2 pada aksi suku saingan Separuh Akhir Liga Hoki Lelaki Dunia (WMHL) di London.

 Malaysia kemudian mengakhiri kempen London di tempat keempat selepas kalah 4-1 kepada England pada perlawanan menentukan tempat ketiga.

 Program Podium adalah inisiatif jangka panjang yang disusun rapi untuk memastikan atlet negara mencapai kecemerlangan di pentas dunia termasuk pada Sukan Asia 2018, Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

 Subahan berkata melalui Program Podium, ia akan membantu dari segi mengurangkan kos pers a t u a n d a n memb e r i lebih banyak pendedahan (pertandingan) kepada pemain.

 — Bernama

Advertisement