Anda di sini

Pecah cermin restoran, rampas beg pelanggan

Advertisement
 Cermin tingkap restoran yang pecah dibaling oleh suspek dengan batu bata.
LOKASI RAGUT: Cermin tingkap restoran yang pecah dibaling oleh suspek dengan batu bata.

Suspek baling batu bata dan lari dengan motosikal

SIBU: Seorang wanita hilang selera selepas seorang peragut membaling batu bata memecahkan tingkap cermin dan merampas beg sandangnya ketika menjamu hidangan makan malam di sebuah restoran di kawasan Tuanku Osman di sini malam kelmarin.

Suspek tiba-tiba muncul dan menghentikan motosikal di tepi jalan terus bertindak berani memecahkan tingkap cermin restoran tersebut sebelum menyambar beg sandang  pengadu diletak di lantai.

Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, pengadu, 27, seorang jurusolek tidak mampu berbuat apa-apa kerana  ketakutan.

Suspek dikatakan terus memecut motosikal bersama beg sandang pengadu yang mengandungi wang tunai RM50 serta barang peribadi.

Pengadu kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian menimpanya sejurus selepas kejadian.

Polis turut pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Batu bata yang digunakan oleh suspek untuk memecah cermin tingkap telah dirampas polis untuk dijadikanbarang kes.

Kerugian ditanggung oleh pengadu dianggarkan bernilai RM850.

  • oleh
  • Advertisement