Anda di sini

Kerajaan promosi e-dagang bantu usahawan PKS

Advertisement
 Naroden (tiga kanan) merakam kenangan bersama delegasi Syarikat Kumpulan KTS yang mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya semalam.
UNTUK ALBUM: Naroden (tiga kanan) merakam kenangan bersama delegasi Syarikat Kumpulan KTS yang mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya semalam.

Ia merupakan jentera pengusaha promosi produk keluaran mereka menggunakan ICT terkini: Naroden

KUCHING: Kerajaan negeri akan mempromosikan e-perdagangan dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha membantu kumpulan itu memasar produk keluaran mereka di luar Sarawak.

Menteri Muda E-Perdagangan Datuk Mohd Naroden Majais berkata e-perdagangan merupakan jentera pengusaha PKS mempromosikan produk keluaran mereka menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terkini.

Oleh sebab itulah Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) melancar apa dikenali ekonomi digital dan memperkenalkan e-perdagangan sebagai jentera mempromosi produk keluaran usahawan tempatan kita ke luar Sarawak.

Luar Sarawak, maknanya, sekurang-kurangnya ke Semenanjung Malaysia dan sudah tentu sasaran seterusnya, pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di sini semasa menerima kunjungan Hari Raya Aidilfitri daripada delegasi syarikat Kumpulan KTS semalam.

Justeru ujarnya bagi tujuan itu satu kementerian baharu ditubuhkan iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan dan Dato Sri Wong Soon Koh sebagai menteri bertanggungjawab.

Selain itu Naroden juga Menteri Muda Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan berkata kerajaan negeri menerusi Kementerian Perindustrian dan Pembangunan Usahawan akan meneruskan program jerayawara usahawan dengan memfokus kepada usahawan di luar bandar.

Kita percaya masih banyak PKS di luar bandar belum mendaftar menyebabkan mereka tidak mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan seperti pinjamaan atau geran perniagaan.

Jerayawara ini tidak hanya menggalakkan mereka mendaftar tetapi menggalakkan usahawan kecil-kecilan di luar bandar menceburi menceburi sektor perniagaan lebih berdaya saing,” jelasnya.

Menurutnya lagi jerayawara itu bertujuan menggalakkan PKS menggunakan teknologi moden supaya produktiviti dapat dipertingkatkan seterusnya menembusi pasaran lebih kesar.

Satu-satunya cara menembusi pasaran luar Sarawak ialah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan untuk tujuan itu sudah tentu proses modenisasi perlu, iaitu menggunakan jentera moden, mengamalkan proses dan kaedah pemasaran baharu,” katanya.

Menurutnya setakat ini terdapat 43,850 PKS berdaftar di Sarawak namun beliau percaya masih ramai lagi yang masih belum berbuat demikian.

Antara faktor mendorong usahawan kecil dan sederhana enggan mendaftar ialah persepsi salah dalam kalangan mereka iaitu akan dikenakan cukai pendapatan.

Ini persepsi salah. Jadi kita mahu membetulkan persepsi ini. Usahawan yang mendaftar akan mendapat manfaat daripada pelbagai bantuan disediakan kerajaan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement