Anda di sini

Jentera PBB Demak Laut siap siaga hadapi PRU14

Advertisement

Pelbagai persiapan dibuat kekal keyakinan pengundi
 

KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Demak Laut bersedia bagi menghadapi gelombang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, pada ketika ini pelbagai persiapan dibuat bagi memastikan pengundi kawasan berkenaan terus memberi kepercayaan dan mandat kepada pasukan Barisan Nasional (BN).

Kita telah menubuhkan sekitar empat hingga lima ranting PBB baharu kawasan Demak Laut supaya pengurusan ranting lebih sistematik dan efisien.

Sebagai contoh ranting besar di Tabuan Hilir kita pecah kepada tiga ranting kecil supaya ia lebih teratur dan mudah bagi kita menyelesaikan sebarang isu yang timbul,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya di sini semalam.

Beliau menambah, jentera parti Demak Laut juga sibuk mengelola pelbagai program untuk parti dan kampung di bawah kawasan DUN Demak Laut.

Ini termasuk melaksanakan pelbagai projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk memastikan penduduk di DUN berkenaan terus me-nikmati arus pembangunan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Kita menyiapkan sejumlah 17 projek RTP dengan kos RM5 juta pada tahun lepas. Manakala pada tahun ini, beberapa lagi projek sedang dalam proses untuk disiap dan dilaksanakan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement