Anda di sini

Fazzrudin dijangka bincang skim pembesaran kampung untuk tangani setinggan di Tupong

Advertisement

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dijangka berbincang dengan kerajaan bagi mengenal pasti skim pembesaran kampung untuk menangani masalah setinggan di kawa-sannya.

Menurut beliau, masalah setinggan bukan isu besar kawasan berkenaan kerana terdapat satu atau dua tempat sahaja, tetapi usaha membantu mereka terlibat harus dibuat.

Memang ada masalah (se-tinggan) iaitu penduduk atau masyarakat kita yang tinggal di tanah hak milik orang tetapi ia sedikit sahaja.

Antara boleh kita tawar adalah tempat seperti flat perumahan atau mungkin akan berbincang dengan kerajaan untuk mencari skim pembesaran kampung untuk menempatkan mereka yang berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, semalam.

Beliau berkata, di Tupong isu setinggan hanya melibat-kan satu atau dua tempat sahaja dan melibatkan hanya beberapa rumah iaitu kurang daripada 20 keluarga.

Katanya, antara kawasan masih terdapat setinggan di Tupong termasuk di Pinang Jawa dan Jalan Astana.

Mengenai projek pembangunan di kawasannya, Fazzrudin berkata, semua projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Tupong telah diluluskan dan pelan serta spesifikasi Senarai Kuantiti (Bill of Quantity) juga telah siap.

Tender projek pada RTP tahun ini akan dibuka dalam masa terdekat dan untuk kebanyakan projek RTP pada tahun ini saya jangka dapat disiapkan menjelang hujung tahun ini.

Bagi projek memakan masa panjang seperti membina surau, mungkin dapat disiap sehingga hujung tahun hadapan,” katanya sambil memberitahu semua projek kini dalam proses tender.

Tambahnya, bagi RTP tahun ini, ia menelan kos RM5 juta dengan melibatkan dalam 40 projek kecil dan besar.

Katanya ia melibatkan pelbagai projek sama ada membina surau, taman permainan, infrastruktur seperti parit dan jalan serta jambatan, iaitu bergantung kepada keperluan setempat atau kampung berkaitan.

Bagi projek RTP tahun lepas, kebanyakan projek telah siap dan ada masih dalam proses pembinaan iaitu bagi projek besar serta mengambil masa panjang untuk disiapkan,” tegasnya.

Advertisement