Anda di sini

Beratur tiga kilometer

Advertisement
 Keadaan jalan menuju CIQ Tedungan yang dipenuhi kenderaan semalam.
SESAK: Keadaan jalan menuju CIQ Tedungan yang dipenuhi kenderaan semalam.

LIMBANG: Pengguna kenderaan di pintu masuk sempadan di bahagian ini terpaksa beratur panjang sempena sambutan Aidilfitri berikutan ramai penduduk yang pulang beraya selain menghabiskan cuti sekolah selama seminggu.

 Keadaan itu menyebabkan kenderaan beratur sepanjang tiga kilometer dari Kompleks CIQ Tedungan menuju ke Negara Brunei Darussalam seawal jam 7 pagi hingga 6 petang semalam.

 Ketua Jabatan Imigresen Bahagian Limbang Kalthom Ahmad berkata, meskipun berdepan kesesakan, para kakitangannya tetap bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan komited.

 Tinjauan Utusan Borneo semalam di Pos Imigresen Pandaruan mendapati sudah ramai warga Limbang yang pulang daripada bercuti selain jumlah kenderaan dari Brunei yang bertambah sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Advertisement