Anda di sini

14 petinju muda Persatuan Muaythai Sarawak bersaing pada kejohanan remaja kebangsaan

Advertisement

KUCHING: Seramai 14 petinju muda dari Persatuan Muaythai Sarawak akan bersaing pada Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan 2017 bulan depan.

 Pertandingan anjuran Persatuan Muaythai Malaysia itu akan berlangsung dari 6 hingga 9 Julai ini di Starling Mall, Damansara Utama, Selangor sempena Kejohanan Muay Pra Sukan SEA.

 Menurut Presiden Persatuan Muaythai Sarawak Jumaat Ibrahim, walaupun Sarawak tidak menyertai Kejohanan Muay Pra Sukan SEA, namun penyertaan dalam Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan 2017 diperlukan untuk memberi pendedahan pertarungan kepada petinju-petinju remaja.

 “Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan 2017 adalah antara platform terbaik untuk kami mengetengahkan bakat-bakat muda Sarawak.

 “Pada masa sama, ia juga untuk mendedah dan memberikan pengalaman pertarungan yang kompetitif untuk mereka meningkatkan lagi kemahiran dan keupayaan bertarung,” katanya pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

 Antara petinju yang disenaraikan ialah Johan Ghazali, 11 (35kg), Syarif Nukman Norman, 11 (24kg), Mikail Ghazali, 8 (23-25kg), Mohd Rifdean Masdo, 15 (38kg), Ayu Addyqa Azmi, 15 (42kg) dan Maurien Hii Sie Lin, 15 (51kg).

 Selain itu ialah Ayu Arynafaiza Azmi (44kg), Muhammad Haikal Zaidi, 16 (43kg), Abdul Hadi Jamil, 20 (48kg), Prtasarathee Punniyamoorthy 16 (50kg), Awgku Abd Rahman Awg Mara, 20 (51kg), Nur Syafiqdin Osman, 19 (52kg), Morris Hii Zhen Wei, 20 (59kg) dan Mohd Eswandy Hassan, 20 (71kg).

Advertisement