Anda di sini

Penyelam sertai operasi cari mangsa bot karam

Advertisement
 Penyelam menyertai operasi mencari mayat selepas sebuah bot persiaran karam di takungan air El Penol di barat laut Colombia kelmarin. — Gambar AFP
MISI SUKAR: Penyelam menyertai operasi mencari mayat selepas sebuah bot persiaran karam di takungan air El Penol di barat laut Colombia kelmarin. — Gambar AFP

GUATAPE: Penyelam memeriksa takungan air Colombia yang dalam dan berlumpur kelmarin bagi mencari mayat 12 penumpang yang hilang dari sebuah bot persiaran yang karam, mengorbankan tujuh nyawa.

Ketika ahli keluarga yang kelihatan tertanya-tanya menunggu berita, pihak berkuasa masih belum lagi menjelaskan apakah punca bot empat dek Almirante itu tenggelam.

Ia karam pada tengah hari Ahad di takungan air El Penol di bandar pelancongan Guatape, di mana penduduk Colombia dan pelancong asing menaiki bot persiaran.

Penyelam telah memeriksa “di dalam bot bagi menentukan sama ada terdapat orang yang terperangkap di dalamnya,” laksamana yang bertanggungjawab bagi operasi itu, Juan Francisco Herrera memberitahu Blu Radio.

Angka kematian mencecah sehingga tujuh orang dengan 13 lagi tidak diketahui khabar beritanya serta 154 orang disahkan terselamat, menurut Unit Pengurusan Risiko Bencana Negara.

Penyelam setakat ini telah memeriksa sehingga sedalam 40 meter dalam air di “bahagian paling dalam di taku-ngan air itu,” di mana alga menghambat usaha mereka, menurut pegawai kecemasan kerajaan wilayah Margarita Moncada.

Kebanyakan penumpang Almirante telah diselamatkan oleh bot lain atau berjaya menyelamatkan diri sendiri, menurut pihak berkuasa.

“Saya datang dan menye-lamatkan mereka. Mereka telah berkumpul seperti semut, datang dan saling tolak-menolak antara satu sama lain,” kata Yovan Betancur, 28, yang telah menyelamatkan 12 orang dengan menggunakan botnya.

“Ramai lagi orang yang menjerit-jerit memanggil saya agar tidak meninggalkan mereka.”

Ramai mangsa terselamat yang kelihatan letih dan berdarah serta kebanyakan mereka tidak memakai jaket keselamatan,” katanya.

Menteri Pengangkutan Colombia Alejandro Maya memberitahu AFP syarikat yang menguruskan bot itu mempunyai lesen sah untuk beroperasi namun terdapat banyak aduan selepas kemala-ngan mengenai kekurangan jaket keselamatan.

“Melalui siasatan oleh pihak berkuasa pelabuhan dan pengangkutan, kami sedang berusaha untuk menentukan apakah kegunaan jaket keselamatan oleh kru dan penumpang,” katanya. — AFP

Advertisement